in

Nak Kahwin? Ini 3 Cara Semak Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan

ft semak status perkahwinan jenayah pasangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang kita mesti ada dengar kisah malang individu sebelum membuat ikatan sah perkahwinan pasangan mereka, paling kerap ia dapat tahu bahawa bakal pasangan kita itu rupanya suami/isteri orang.

Oleh sebab itu, penting untuk kita semak status perkahwinan mereka, malah dapat juga disemak jika si dia itu ada rekod jenayah.


Jadi, pendedahan daripada @faiqfikrey mengenai semakan status perkahwinan dan jenayah menerusi laman E-Syariah ini mungkin dapat membantu anda yang bakal melangsungkan perkahwinan nanti.

 

1. Pergi ke laman E-Syariah dan rujuk ke bahagian ‘Semak Status’

semak status perkahwinan jenayah pasangan

 

2. Pilih bahagian yang nak semak

Pilih samada nak ‘Mal’ atau ‘jenayah’. Mal untuk kes kes kahwin, anak luar nikah atau sebagainya. Jenayah, untuk kes jenayah.

semak status perkahwinan jenayah pasangan 2

 

3. Contoh

semak status perkahwinan jenayah pasangan 3

Walaubagaimanapun, ada pihak menyatakan bahawa jenayah yang dimaksudkan itu bukanlah kes-kes sivil seperti mencuri, dadah dan membunuh, tetapi ia berkaitan dengan jenayah yang melibatkan mahkamah Syariah iaitu, ditangkap berkhalwat, berzina, minum arak, tak berpuasa dan sebagainya.

 

Baca : “Itu style je lebih” – Pengguna Twitter Kongsi Cara Semak Pelitup Muka Palsu

Semak Pelitup Muka KF94 Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.