Bila ada kereta buat ‘hal’ atau mengalami kerosakan pada waktu yang bukan sepatutnya, pasti akan memeningkan kepala.
Baru-baru ini, tular satu rakaman video memaparkan sebuah Perodua Kancil bergerak secara mengundur di satu persimpangan lampu isyarat.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik pengguna Twitter @AsyrafRosli_, kelihatan Perodua Kancil sedang mengundur dari sebatang jalan sebelum berhenti di lorong bersebelahan berdekatan persimpangan lampu isyarat.
Kereta tersebut kemudian bergerak mengundur lagi secara perlahan-lahan untuk memasuki ke lorong asal dan berhenti di laluan kanan sebelum memberikan lampu isyarat kecemasan.
Dapat dilihat pada waktu itu, jalan agak sibuk dengan kenderaan yang sedang lalu lalang. Tidak dapat dipastikan apa puncanya kenderaan terbabit bergerak sedemikian.
Aku ingatkan rewind, rupanya real? pic.twitter.com/NcpNEveGd6
— AsyrafJr | iPhone Repair (@AsyrafRosli_) January 9, 2023
Video yang tular di laman sosial itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai yang memuji kecekapan pemandu mengendalikan kenderaannya dalam situasi yang boleh dianggap mencemaskan.
Menurut orang ramai, kereta Kancil itu mungkin mengalami masalah kerosakan pada kotak gearnya. Ada juga mengatakan boleh jadi gear kereta tersebut tersangkut pada kedudukan R dan tidak boleh dialihkan ke kedudukan yang lain.
Pun begitu, perbuatan tersebut dilihat agak berbahaya buat pengguna jalan raya. Lebih mudah jika dia menggunakan perkhidmatan kereta tunda untuk membawa ke bengkel.
Baca: ‘Lari’ Dari Bayar Tol 45 Kali, Pemandu Mercedes Benz A Class Didenda RM275.65