in

Nak Beri Laluan Kepada VIP Punya Pasal, Dua Kereta Kemalangan Sebab Polis Tahan Mengejut?

cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular satu video di mana sebuah ambulans terpaksa berhenti gara-gara perlu memberi laluan kepada VIP yang sedang lalu di atas jalan raya.

Terbaharu, kejadian yang lebih kurang sama berlaku melibatkan polis menahan kereta orang awam untuk memberi laluan kepada kereta VIP.


4

3

Berdasarkan video tersebut, seorang polis dilihat menahan kereta orang awam secara mengejut sehingga mengakibatkan sebuah Proton Wira brek secara tiba-tiba dan dilanggar dari belakang oleh kereta lain.

Meskipun kemalangan berlaku di hadapan polis tersebut, beberapa kereta VIP dilihat meneruskan perjalanan mereka seperti biasa tanpa berhenti menghulurkan bantuan.

Video ini tular di media sosial dan menimbulkan persoalan kepada ramai pihak. Adakah kelangsungan perjalanan VIP lebih penting daripada nyawa orang awam di atas jalan raya?

“Kesian jadi rakyat marhaen. Salah VIP, sendiri yg kena accident, tanggung kos repair”, komen seorang warganet berkenaan video tersebut.

Bagaimanapun, lokasi dan masa kemalangan tersebut tidak didedahkan oleh pihak yang terlibat. Malah, masih tiada kenyataan rasmi daripada VIP tersebut.

Apa-apa pun, semoga mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut diberikan keadilan.

BACA: “Nyawa boleh tunggu” – [VIDEO] Ambulans Kena ‘Tunggu’ Giliran Bagi VIP Lalu Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.