Sebut je nama Naim Daniel, semua orang mesti kenal kan Juara AJL34 yang menang dengan lagu Sumpah ni? Dengan kemenangan itu, dia yang sebelum ini seorang pelakon, telah berjaya buktikan bahawa dia juga hebat menyanyi!
Namun, penyanyi yang kini tengah hit dengan lagu terbarunya ‘Mainan’ itu dikatakan ‘kantoi’ terkucil semasa menyanyi pada konsert Separuh Akhir Muzik-Muzik hujung minggu lalu.
Naim yang menyanyikan lagu bertajuk Lara secara trio bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli itu dikatakan terkucil pada minit ke 2.30 persembahan tersebut.
Namun, yang menjadi perhatian bukanlah kerana insiden itu, tetapi videonya membahan diri sendiri selepas konsert tersebut itu yang berjaya membuat ramai orang terhibur!
Naim telah memuat naik satu video di story Instagramnya yang memperlihat dia menyanyikan semula lirik yang terkucil tersebut.
Lalu, video itu telah dirakam dan dimuat naik di laman TikTok oleh seorang netizen, @hanspotter sehingga membuatkan ramai yang meninggalkan komen terhibur dengan gelagat Naim yang membahan dirinya sendiri itu.
https://www.tiktok.com/@hans.potter/video/7048248125768666395?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Ada juga yang menganggap insiden seperti itu merupakan satu perkara biasa yang boleh terjadi kepada mana-mana penyanyi sekalipun.
Walaupun ada terkucil sikit, namun lagu trio ini tetap berjaya tersenarai dalam finalis ke peringkat akhir nanti! Takpe nanti boleh prepare lebih lagi untuk final…
Baca: Ernie Dipuji Vokal Mantap Masa SFMM36 Walau Sarat, Peminat Throwback Ibu Sedara Masa AJL 1999