Penyu merupakan haiwan yang dikategorikan sebagai hampir pupus. Ini kerana kadar keboleh-hidupannya amat rendah. Memang banyak telur yang dikeluarkan oleh ibu penyu, tapi anak penyu yang berjaya menempatkan diri dalam laut sebelum dimakan haiwan lain atau mati, amat rendah. Walaupun kadar jangka hayat penyu boleh mencapai hingga puluhan tahun, ini tidak bermakna spesis ini akan kekal selamanya di dunia.
Terkesan dengan masalah ini, @AzzaAishath menerusi akaun twitternya berkongsi satu gambar seekor penyu terpaksa bertelur di atas landasan lapangan terbang di Maldives. Rata-rata netizen dari pelusuk dunia turut terkesan dengan masalah ini.
Selamatkan penyu
Cerita sedih dari Maldives (Noonu Atoll Maafaru) dimana seekor penyu datang ke daratan untuk bertelur dan terpaksa melakukannya di landasan airport kerana tiada pantai”
Apa yang dilalui oleh penyu ini amat menyayat hati. Semoga ada pihak yang prihatin untuk mengambil langkah sewajarnya kepada tempat tersebut amnya dan kepada penyu itu khasnya.
Benar, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini telah mengancam habitat semula jadi penyu.
Selagi ibu dan anak-anak penyu itu selamat, barulah sedap sikit hati. Tapi kalau nanti kena lenyek dengan kapal terbang macam mana pulak?
Kembalikan semula pantai kepada penyu. Mereka berhak ke atas pantai untuk bertelur
Inilah kesan jika impact study tidak dijalankan secara detail. Ekosistem akan terancam dan secara langsung menganggu habitat asal penyu.
Sebagai seorang yang prihati kepada alam sekitar kita seharusnya cakna dengan perkara ini. Ini adalah perkara yang serius dan memberikan impak kepada alam semulajadi. Jika bukan kita yang mahu membantu ke arah yang lebih baik, siapa lagi?
Baca: 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kes Pemburuan Kejam Penyu Hijau di Sabah