Al Ula adalah nama sebuah kota di Arab Saudi yang terletak kira-kira 300km utara Madinah. Pada masa lalu, Al Ula adalah ibu kota Lihyanites Kuno (Dedanites) dan ia merupakan kota yang Nabi Muhammad SAW elak untuk disinggah.
Pun begitu, bulan Ogos lalu pelakon ternama tempatan Zulkifli Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zul Ariffin memuat naik dia selamat menunaikan haji di Mekah.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah beberapa posting pelakon filem Tombiruo itu yang memaparkan dia melawat kota Al Ula.
Artikel berkaitan: Tempat Turun Azab Kini Jadi Tourist Attraction, Ini Sebab Nabi Larang Sahabat Singgah Al-‘Ula
Artikel berkaitan: Baru Pulang Haji, Zul Ariffin Dah Tak Mahu Berlakon Watak ‘Seksi’ & ‘Peluk-peluk’
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, banyak belajar hari ini. Tanah yang mempunyai banyak cerita mengelirukan, hanya dengan melawat, meluangkan masa mendengar dan belajar daripada penduduk tempatan, anda akan menemui sejarah sebenar.
Ia sebenarnya adalah bahagian penting dalam sejarah Islam kita. Semoga kita semua ambil pengajaran,” tulisnya di kapsyen.
Hari ini, posting serta video pelakon itu melawat kota tersebut kembali tular dan ruangan komennya dipenuhi dengan kecaman daripada netizen.
“Nabi Muhammad pun lalu je”
Ramai beranggapan Zul Ariffin yang mempunyai 2.7 juta itu tidak sepatutnya melawat tempat sebegitu lebih-lebih lagi ramai yang sudah cakna mengenai sejarah kota tersebut.
Korang tahu tak sejarah Al Ula ni?