in

MySejahtera Alami ‘Glitch’, KKM Minta Pengguna Abaikan Temujanji Dos Penggalak Yang Ke-2

dapat appt booster kedua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja kita semua menarik nafas lega selesai mengambil dos penggalak beberapa bulan lepas, tak semena-mena baru-baru ini ada yang mengatakan mereka telah menerima temujanji bagi dos penggalak Covid-19 yang kedua. Aik?

Apa-apapun korang jangan panik dulu sebab menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengguna diminta untuk abaikan temujanji itu kalau korang baru saja dapat dos penggalak sebab MySejahtera katanya kini sedang alami masalah teknikal.


mysejahtera vaccine cert 5102021

 

“Tolong batalkan temujanji dan jangan datang ke PPV” 

Menurut The Edge, kesilapan teknikal yang dialami MySejahtera itu kini sedang diperbaiki dan pihak mereka memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.

“Disebabkan temujanji dihantar secara automatik ke MySejahtera, ada masalah teknikal yang mana sistem menghantar link temujanji untuk booster kepada remaja iaitu di bawah 17 tahun. 

“Ada juga orang dewasa yang telah menerima dos penggalak mendapat temujanji bagi dos penggalak yang kedua pula,” jelas pihak KKM.

booster

Tambah mereka lagi, pengguna juga diminta untuk batalkan temujanji dan jangan datang ke pusat pemberian vaksin (PPV).

PPV juga pada masa yang sama telah sedia maklum mengenai hal tersebut dan meminta untuk menghalang kemasukan bagi mereka yang menerima temujanji booster yang kedua itu.

Haa mesti berdebar je kan kalau korang tiba-tiba dapat appointment booster lagi? Rupanya technical glitch je… 

Baca: “Dah jadi femes lah ni?” – Netizen Teruja Bila ‘Update’ MySejahtera, Kini Ada Tanda ‘Verified’

verified

Sumber: FMT
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.