in

Myra Natasya Dedah Halim Othman & Ibunya Tak Pernah Berkahwin

Halim Othman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar tahun 2022 lalu, pelakon dan pengacara, Myra Natasya Abdullah pernah menjadi perhatian ramai kerana statusnya bersama ayahnya Halim Othman yang merupakan bekas penyampai radio terkenal.

8 2

Pada ketika itu, Myra mendedahkan namanya berbintikan Abdullah kerana ayahnya berkahwin dengan ibunya di Thailand pada tahun 1994 sebelum bercerai pada tahun 1998.


Dirinya yang lahir pada tahun 1995 menyukarkan proses untuk ‘bintikan’ namanya dengan nama Halim kerana perkahwinan itu tidak didaftarkan di Malaysia, lapor Harian Metro pada tahun 2022.

Namun, hari ini kecoh di media sosial apabila Myra membuat pendedahan bahawa Halim Othman tidak pernah berkahwin dengan ibunya sekali gus mendedahkan dia sebenarnya anak tidak sah taraf kepada penyampai radio Halim Othman, lapor mStar.

Menurut Myra, pada ketika itu, dia baru menceburi bidang seni, jadi dia mahu melindungi nama baik penyampai radio tersebut dengan memberitahu Halim bahawa dia akan memaklumkan kepada media bahawa Halim dan ibunya berkahwin di Thailand.

Menurut Myra lagi menerusi perkongsian di IG Story, Myra turut mendedahkan perbualannya dengan Halim di mana Myra tidak berpuas hati kerana Halim Othman telah menukar maklumat di sijil lahir asalnya tanpa kebenaran dirinya.

Halim Othman

Artikel Berkaitan: “Memang cepat & mudah tapi…” – Peguam Syariah Jelaskan Kesan Nikah Luar Negara Pada Status Anak

Dalam perbualan antara Myra dan Halim itu, dapat dilihat bahawa Myra bertanya kepada penyampai radio itu mengapa Halim meletakkan namanya di dalam sijil lahir Myra yang baru sedangkan perkara itu tidak sah dari segi undang-undang kerana Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin.

Menurut Myra, sijil lahirnya yang asal tidak mempunyai butiran mengenai bapa dan Myra turut mengatakan bahawa tiga tahun lalu, Halim telah membuat sijil kelahiran baru untuknya, lapor Harian Metro.

Perkara itu menyebabkan Myra mendedahkan tentang isu tersebut kepada media.

Sumber: mStar, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.