Awal tahun ini, kecoh apabila jurulatih pasukan bola sepak Pulau Pinang dan juga bekas pemain skuad kebangsaan Zainal Abidin Hasan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Fyna Jebat.
Pun begitu, anak kepada jurulatih bola sepak itu, Zahira Aisyah baru-baru ini meninggalkan sebuah komen di posting Instagram yang memberitahu bahawa bapanya itu telah pun menceraikan isteri keduanya itu.
Posting tersebut mengatakan Fyna Jebat serta isteri pertama Zainal Abidin, Zalina Zaini sudah berdamai kerana kelihatan mereka duduk semeja.
“Kenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not ‘berdamai’ with anyone and this story is not true.
And for your information my dad has divorced fyna jebat. Mohon delete post ni, thank you,” tulisnya.
Selain itu, Aisyah menerusi Facebook miliknya turut memuat naik sebuah posting seakan memberikan bayangan bahawa bapanya telah membuat ‘keputusan yang tepat’ dan dia sekeluarga bersyukur dengan ujian ini.
Dia juga berharap agar rumah tangga ibu bapanya menjadi semakin erat dan bertambah dengan kasih sayang.
Apa-apa pun kita doakan je yang baik-baik untuk semua…
Baca: “Cheating is like pickup up a sh*t” – Anak Bujang Zainal Abidin ‘Bersuara’ Isu Ayah Kahwin Lain