Untuk mengenali sejarah dan budaya sesebuah tempat itu, mestilah kena pergi muzium tempatannya kan?
Satu lagi mercu tanda baru akan dibuka di Sarawak pada awal Mac ini iaitu Muzium Budaya Borneo yang bakal mempamerkan pelbagai artifak dan barangan yang berkaitan adat serta budaya suku kaum yang terdapat di Sarawak.
Muzium kedua terbesar di Asia Tenggara!
Menerusi laporan Astro AWANI, sejak pandemik berlaku dua tahun lepas, pembukaan muzium itu telah ditangguhkan dan menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perasmian Muzium Budaya Borneo itu juga akan menjadi tarikan utama buat para pelancong yang berkunjung ke Sarawak.
Antara tarikan yang bakal menemui pengunjung termasuklah Floor of Desire, Painted Caves, Sarawak in Motion dan banyak lagi.
Gabungan teknologi dan budaya.
Pameran yang diadakan di muzium ini memang sangat berbeza dari muzium lain kerana keunikkan binaanya serta teknologi yang digunakan untuk memberi pengunjung pembelajaran serta pengalaman yang menarik.
Di situ juga terdapat bahagian yang memberikan pengunjung pengalaman seperti di dalam gua yang menjadi salah satu aspek terpenting dalam sejarah Sarawak.
Selain itu, terdapat juga pameran kapsul masa yang lebih interaktif dan sesuai untuk semua golongan usia.
Okay, dah boleh set kalendar kot!
Baca: “Khas untuk relationship yg tak jadi”, Ini 4 Muzium Unik Di Seluruh Dunia