in

Mustahil Untuk Tangkap Semula, Pemilik Kolam Halalkan Ikan Kelisa Kepada Penduduk

Ikan Kelisa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila penduduk di Layang-layang, Kluang, Johor menemui ratusan ikan kelisa di sungai-sungai berhampiran rumah mereka.

Tidak melepaskan peluang memiliki ikan hiasan mewah itu, ada segelintir penduduk di sini yang menangkap ikan-ikan itu untuk dibela, dijual dan dimakan.


Screenshot 2024 06 02 At 3.51.06 Pm

Pemilik kolam ikan hiasan yang mahu dikenali sebagai Ng pada Jumaat telah menghalalkan ikan-ikannya yang hanyut. Memetik laporan Sinar Harian, usaha untuk mendapatkan kembali kira-kira 15,000 hingga 18,000 ternakannya itu adalah mustahil dan rumit.

Ng juga mengatakan ternakannya itu telah hanyut ke merata tempat dan tidak terhad di kawasan perkampungan berhampiran kolam sahaja.

Dalam laporan itu, Ng juga berharap tiada pihak yang menyalahkan atau mengecam penduduk di kawasan itu yang mengutip ikan-ikannya yang terlepas.

Artikel berkaitan: Founder Jenama Tudung Sambut Birthday Kucing, Siap Pakaikan Baju Bertatah Swarovski

Artikel berkaitan: Kecoh Ikan Arowana Terlepas Dari Kolam Pecah, Pakar Agama Minta Pulangkan Kepada Pemilik Asal

Kejadian kolam ikan hanyut itu juga disifatkan sebagai kejadian luar kawalan oleh Ng dan meminta orang ramai untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak yang terkesan atau beruntung.

Ng telah menjalankan perusahaan ternakan ikan hiasan di sana juga memiliki hubungan baik dengan penduduk sekitar.

Screenshot 2024 06 02 At 3.51.15 Pm

Dalam kenyataan yang sama, Ng memaklumkan setiap satu ikan kelisa induk berharga kira-kira RM 20,000. Akibat dari kejadian itu, beliau terpaksa menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit.

Untuk rekod, pada Rabu yang lalu, ribuan ikan hiasan spesis kelisa ditemukan dalam kawasan anak sungai dan parit sekitar kawasan Layang dan Simpang Renggam, Johor.

Penduduk dikawasan itu mengambil kesempatan memungut ikan-ikan itu dan telah mendapat liputan meluas di media sosial.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.