in

“Murah rezeki abang” – [VIDEO] Lelaki Beri Anjing Jalanan Makan Pizza & Ayam Goreng Buat Netizen Terharu

Bagi makan anjing terbiar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai manusia, kita bukan sahaja perlu berbuat baik kepada manusia lain tetapi kita juga perlu berbakti kepada ciptaan tuhan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.

Haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing amat memerlukan penjagaan daripada manusia, jika anda tidak mampu untuk mengambilnya sebagai haiwan peliharaan, terdapat cara lain untuk membantu dan menjaga mereka, terutamanya haiwan yang berada di jalanan.


Seorang anak muda telah menarik perhatian netizen apabila dia berkongsi beberapa video yang menunjukkan dia memberi makanan kepada anjing jalanan.

@faiz.aizif

BELANJA ANJING MAKAN PIZZAHUT HARINI ?❤️? @pizzahutmsia Tukar Selera Kejap Tadi. Hehehe semua anjing suka ?#fyp #straydog #dog #feeding #time #langkawi #kedah #pizzahut

♬ original sound – Faiz Aizif – FAIZ SOUL

Pengguna TikTok @faiz.aizif sering mendokumenkan kehidupan hariannya memberi makan anjing liar di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Dia sering memberikan makanan kering dan basah kepada haiwan terbiar itu tetapi ada beberapa video dia memberikan makanan segera seperti pizza dan ayam goreng kepada mereka.

Ramai juga yang berasa risau apabila Faiz memberikan makanan sebegitu akan memberikan kesan kepada anjing, bagaimanapun difahamkan pemuda itu telah meminta untuk tidak memasukkan bahan yang boleh menjejaskan kesihatan anjing-anjing tersebut.

“Permaisuri Selangor pun derma” 

Selain itu, dalam videonya yang lain, Faiz juga mendapat derma daripada tidak lain tidak bukan, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan seorang pencinta haiwan.

@faiz.aizif

Menjunjung Kasih Tengku Permaisuri Selangor, Diatas Pemberian Makanan Anjing Untuk My Beloved Puppies in Langkawi. Ampun Tuanku ?? #fyp #straydog #dog #feeding #time #tengkupermaisuriselangor #tengkupermaisurinorashikin #royalselangor

♬ original sound – Faiz Aizif – FAIZ SOUL

Netizen juga kagum dengan perbuatan anak muda itu dan rata-rata memuji sifat kemanusiaan yang amat patut dicontohi malah, ruangan komen juga dipenuhi dengan doa untuk pemuda itu.

anjng

Murah rezeki abang ni…

Baca: Kebolehan Anjing Tekan Periuk Nasi & Tolong Tuan Masak Raih Perhatian Ramai

Untitled design 2022 06 14T152157.020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.