in

Muntah & Mata Bengkak, Pelajar Tingkatan 3 Dakwa Dit*mbuk Rakan Sekelas Di Hadapan Guru

pelajar ditumbuk di hadapan guru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga dilaporkan mengalami kecederaan di mata selepas dipercayai ditumbuk rakan sekelas dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani.

Kejadian itu diketahui bapa mangsa selepas dihubungi guru sekolah berkenaan yang meminta mengambil pelajar itu jam 12.30 tengah hari Isnin.


Difahamkan, bapa mangsa ke sekolah dan mendapati anak lelakinya itu mengalami sakit kepala, muntah dan mata sebelah kirinya bengkak, sebelum dimaklumkan anaknya dipukul rakan. Anaknya kemudian dibawa ke hospital dan disahkan mengalami pendarahan dalaman mata akibat ditumbuk.

Artikel berkaitan: Lagi Kes Buli Di Sekolah, Kaki & Tangan Pelajar Perempuan Diikat Guna Tali Leher

Artikel berkaitan: “Dalam siasatan polis” – KPM Beri Kerjasama Penuh Kes Pelajar Tingkatan 1 M*ut Di Sekolah Dipercayai Jadi Mangsa Buli

20250721 Chinapress 115 ST250721

Memetik sumber China Press, kejadian berlaku ketika pelajar berkenaan sedang membaca buku dan diusik beberapa pelajar sehingga mendorongnya untuk menukar tempat duduk.

Kemudian, salah seorang pelajar telah mengambil bukunya dan menyebabkan berlaku pertelingkahan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Katanya, kejadian itu berlaku di hadapan seorang guru praktikal yang baru memasuki sekolah itu sebulan lalu.

Susulan insiden itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan tidak bercadang untuk menarik laporan selepas pertemuan dengan keluarga yang memukul anaknya bersama pihak sekolah.

Selain itu, bapa mangsa mendakwa anaknya sebelum ini pernah mengadu dibuli.

Menerusi laporan Kosmo!, bapa mangsa mahu kes tersebut diadili mengikut proses undang-undang dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis sepenuhnya.

Sumber: Kosmo!, WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.