in

“Muntah, gatal-gatal” – Wanita Dakwa Hampir Hilang Nyawa Lepas Makan Donut Peach Viral

gatal gatal makan donut peach

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali ada makanan sedap yang trending di TikTok, ramai turut ingin mencubanya supaya rasa tidak ketinggalan.

Sejak belakangan ini, sejenis buah yang dipanggil donut peach menjadi sebutan selepas tular di laman sosial mengenai keenakan buah itu selain harganya yang agak ‘kayangan’.


Namun, tidak semua makanan yang tular membawa kebaikan seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita ini yang mendakwa hampir hilang nyawa selepas memakan buah donut peach.

@sherynaaa02

Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku ? sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 ? terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik ? kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 ? ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan ? sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases

♬ suara asli – ?en ?kan ?ad?oy? – ?en ?kan ?ad?oy?

Menceritakan pengalamannya, dia mengatakan perutnya berasa sebu dan mengalami muntah serta seluruh badannya muncul bintik-bintik kecil yang gatal.

“Sekali makan hampir hilang nyawa. Tak semua orang boleh makan dan orang itu adalah aku.

“Sekali makan dalam 15 minit terus sebu, muntah-muntah, naik bijik gatal-gatal terus kena pergi kecemasan, kena inject baru jadi manusia balik,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

Menurutnya, dia tidak mengetahui mempunyai alahan terhadap buah tersebut. Tambahnya, dia bukanlah seorang yang mudah terjebak perkara trending apabila hanya memakan buah itu atas pemberian kawannya.

@sherynaaa02

Membalas kepada @kakakyun doc cakap stop garu2 , tapi sumpah xleh stop .. muka rasa pedih2 , perut sebu angin xkuar … Muntah2 lagi . Makan buah tu xlama pun . Dalam 15 minit mcm tu ja terus rasa effect . Ini pengalaman saya makan buab donut peach viral tu , lain org lain rasanya . Bila jadi mcm ni sya pun tak sangka , memang sesak nafas dah rasa mcm separuh nyawa ? nasib suami ada baru balik keja , kalau tak xtahu laa mcm mana ? bkan sya gila2 nak terjebak sbab viral , kwan sya bagi sya hargai , sya pun tak salahkan dia . Harap jelas yaaa #donutpeachviral #emergencycases #elergikalahan

♬ suara asli – ???_???〽️ – ???? ???

“Ini pengalaman saya makan buah ini, lain orang lain rasanya. Bila jadi macam ni saya pun tak sangka, memang sesak nafas dan rasa macam separuh nyawa,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang berkongsi pengalaman hampir sama apabila turut berasa perut sebu dan bibir kebas selepas menikmati buah peach itu.

Screenshot 2023 07 21 111551

Berkemungkinan mereka yang mengalami kesan-kesan seperti itu alahan kepada buah terbabit kerana kulit buah itu ada bulu-bulu halus yang boleh menyebabkan alahan bagi sesetengah orang.

Baca: Viral Teh Tarik Akuarium, Netizen Dakwa Nampak Menarik Tapi Sebenarnya Bahaya?
teh tarik akuarium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.