Penggunaan dron dalam dunia fotografi dan videografi bukanlah satu perkara baru dan untuk mereka yang suka akan gambar yang diambil menggunakan dron atau dikenali sebagai ‘dronography’ ini, hasilnya sangat menakjubkan.
Lihat sahaja beberapa pereka kandungan yang khusus menghasilkan gambar atau video menggunakan drone seperti Tobias Hägg, Stian Klo dan lain-lain.
Kepada penggemar fotografi, pastinya teknik mengambil gambar atau video menggunakan dron ini akan memberikan sudut pandang yang baharu daripada atas subjek atau biasanya disebut sebagai bird-eye view.
https://www.instagram.com/p/CL3XNqgLT1C/
Apa yang membolehkan gambar yang cantik dihasilkan adalah teknologi yang ada pada dron-dron tertentu, sebagai contoh DJI yang dilengkapi dengan penstabil yang membolehkan gambar diambil tanpa ada gegaran selain ada sesetengah model yang turut dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi (HD).
“Drone manual pun ada eh?”
View this post on Instagram
Namun, teknik penggunaan dron yang dikongsikan oleh akaun Instagram yang kemudian dikongsi pula di TikTok ini amat berlainan sama sekali dan menimbulkan tanda tanya pada orang ramai.
Mana tidaknya, menerusi video tersebut kelihatan pengendali dron yang biasa dipanggil ‘pilot’ tersebut menggunakan alat kawalan jauh sedangkan unit dronnya tidak terbang tetapi sebaliknya ia dipegang oleh rakan kepada pilot berkenaan.
Teknik mereka ini secara tak langsung telah menimbulkan tanda tanya ramai sehinggakan ada yang berpendapat mungkin itu sahaja kelengkapan yang dibawa selain ada yang mengatakan dron tersebut tidak sesuai dan berbahaya jika diterbangkan dalam bangunan.
Jika korang pernah mengendalikan dron, pastinya korang tahu bunyi bising dan kekuatan angin yang dikeluarkan oleh sesetengah dron untuk membolehkan ia terbang dan bergerak dan mengikut situasi, sekiranya dron tersebut diterbangkan secara biasa, mungkin ianya akan menganggu tetamu selain akan menerbangkan segala makanan yang ada diatas meja.
Selain tindakan mengoperasikan dron tersebut secara manual, ramai juga tertanya apakah fungsi alat kawalan jauh berkenaan sedangkan ianya ‘diterbangkan’ secara manual dan kalau diikutkan, tak perlukan alat kawalan jauh pun.
Tetapi, tak kurang juga yang memuji kreativiti yang ditunjukkan kerana dron diketahui mempunyai kamera yang sangat stabil dan berdefinisi tinggi, jadi mungkin mereka hanya ingin menggunakan kamera yang ada pada dron tersebut tanpa perlu diterbangkan berikutan lokasi yang tidak sesuai.
Betul jugak idea ni, ada sesiapa boleh bagi penjelasan lain?
Baca : “Elok je dia duduk dalam tu” – Viral Bapa ‘Modify’ Kereta Control Boleh Bawa Baby Duduk Belakang