Berikutan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di Malaysia, jumlah kelengkapan Personal Protective Equipment (PPE) juga semakin berkurangan.
Namun, banyak juga pihak yang telah baik hati menjahit PPE untuk frontliners kita. Alhamdulillah, majoriti rakyat Malaysia bekerjasama untuk membantu.
Kali ini admin nak kongsikan tentang cara Korea Selatan melakukan ujian saringan Covid-19 tanpa pembaziran alat PPE.
Menurut pengguna Facebook, Ray Sunghwa Woo, Korea telah membina sebuah booth khas untuk ujian tersebut.
Difahamkan, mereka akan disinfeksi booth tersebut setiap kali selepas satu-satu ujian dilakukan. Jadi, petugas kesihatan tidak perlu menukar alat kelengkapan PPE mereka untuk setiap pesakit. Bijak kan cara dorang.
Mereka hanya perlu menukar sarung tangan yang digunakan jadi pembaziran dapat dielakkan.
Mungkin Malaysia jugak boleh cuba cara yang sama memandangkan jumlah pesakit sudah hampir mencecah 3,000 kes.
Namun, kubikel ujian Covid-19 dengan konsep yang sama juga dilaporkan sedang dibangunkan oleh sekumpulan petugas kesihatan dengan kerjasama jurutera dan arkitek tempatan, lapor Berita Harian.
Projek yang dinamakan Projek 13S Cubicle dibuat oleh Kumpulan Facebook, ‘Ini Sains Beb’, Pertubuhan Medical Mythbusters Malaysia dan Klinik Awfa KotaSAS.
Harapnya projek ini akan berjaya dan dapat memudahkan tugas frontliners.