Sebelum ini, tular di laman media sosial mengenai kebakaran hutan dengan skala yang besar di negera Australia. Terdapat hampir 140 kebakaran yang dilaporkan berlaku di beberapa bahagian di Queensland dan New South Wales.
Baru-baru ini, tular juga di laman media sosial mengenai seekor beruang koala yang mengejar sekumpulan ekspedisi berbasikal demi mendapatkan air minuman.
https://www.instagram.com/p/B6jjpHMlStM/?utm_source=ig_web_copy_link
Video yang dimuat naik tiga hari lalu itu, telah mendapat ribuan tontonan dan rata-rata netizen berasa sedih terhadap beruang koala tersebut.
@bikebug2019 berkata, semasa berlakunya kejadian tersebut, dia dan beberapa ahli ekspedisi yang lain sedang melalui kawasan tersebut sebelum di kejar oleh haiwan yang kehauasan itu disebabkan suhu dikawasan tersebut mencecah 40 darjah celsius.

Beruang koala tersebut kelihatan sangat haus dan memerlukan air minuman untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Perkara ini dikatakan berlaku adalah disebabkan oleh kesan kebakaran hutan yang berlaku di kawasan itu dan menyebabkan banyak haiwan yang mati.
https://www.instagram.com/p/B6kzpClljdw/?utm_source=ig_web_copy_link
Admin harap, beruang koala tersebut berjaya meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini. Tapi kalau korang tengok dia minum air tu, memang nampak lah koala tu tengah sangat haus.