Baru-baru ini, produk terbaru Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia kerana produknya itu telah habis terjual dalam masa beberapa minit sahaja.
Memandangkan kini Khairul Aming telah mempunyai dua produk yang sering mendapat permintaan ramai, ada warganet yang bertanya bilakah kedua-dua produk Khairul Aming itu akan mendapat sijil halal daripada JAKIM.
Khairul Aming kemudiannya tampil menjelaskan bahawa kini syarikatnya telah berjaya mendapat sijil MeSTI yang memastikan kebersihan dan keselamatan kilangnya.
Langkah pertama dalam strateginya untuk mendapatkan sijil Halal ialah dia telah mendapatkan sijil MeSTI terlebih dahulu.
Khairul Aming telah berkongsikan langkah-langkah atau prosedur yang perlu dilakukan oleh syarikatnya sebelum mendapatkan sijil Halal menerusi platform X.
Step by step. First dapatkan MeSTI cert untuk pastikan kilang bersih dan selamat approved by KKM. yang ni makan masa 2 tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch. bukan sehari dua nak siapkan kilang sebab nak setup flow, purchase mesin, renovation, expansion etc. but… https://t.co/eQ9o33ef6y pic.twitter.com/zIJMJb6Nhe
— Khairulaming (@khairulaming) February 18, 2024
Artikel Berkaitan: “CNN mentioned her & Malaysia” – Netizen Tak Setuju Individu Pertikai & Bandingkan Kejayaan KA Dengan Vivy Yusof
Artikel Berkaitan: “Fuh power!”- 80 Ribu Unit Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Berjaya Habis Dijual Dalam Masa 3 Minit 39 Saat Sahaja
Dalam perkongsiannya itu, Khairul Aming menjelaskan dia mengambil masa lebih dua tahun untuk mendapatkan sijil MeSTI itu kerana kilangnya dibina dari kosong.
Proses menyiapkan kilang juga bukanlah mudah kerana mereka perlu beli mesin untuk mudahkan pembuatan sambal, selain itu, kilang juga perlu diubah suai.
Difahamkan, sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu baru sahaja diperolehi oleh syarikatnya, Rasapop Sdn.Bhd yang terletak di Kota Bharu pada 31 Januari lalu.
Selepas sijil itu berjaya didapatkan, barulah produk-produknya akan menjalani proses untuk mendapatkan status halal JAKIM pula.
Selain itu, produk-produk tersebut juga akan menjalani proses untuk mendapatkan Skim Pensijilan GMP dan sijil HACCP untuk memastikan keselamatan makanan yang dihasilkan oleh syarikatnya.
Jadi, proses untuk dapatkan sijil halal di Malaysia ni memang memerlukan waktu yang lama sebab ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Sumber: X @khairulaming