Jodoh dan ajal itu semua ketentuan Allah, sebuah kisah tular di TikTok baru-baru ini, di mana seorang wanita berkongsi kisah bagaimana dia memilih abang kepada arwah tunangnya sebagai suami.
Nur Malina Binti Mohd Rozani atau lebih mesra disapa Nina berkongsi videonya di TikTok yang memaparkan dia bertemu jodoh dengan Shahron Bin Shukri yang merupakan abang kepada arwah tunangnya, Allahyarham Shahrizuan Bin Shukri.
Artikel berkaitan: “5 kali lafaz sebab ‘nervous” – Bekas Mak Nyah Selamat Bernikah Dengan Bekas Pengkid
Artikel berkaitan: “Sebaldi air mata” – Wajah Arwah Abang Persis Personaliti TV3, Adik-beradik Buat Kejutan Untuk Mak
@malinaaaaa99 Alhamdullillah ya allah? 8 September 2023 sy sah menjadi isteri kepada SHAHRON BIN SHUKRI❤️ abang kepada arwah tunang sy shahrizuan bin shukri… ALLAHUAKBAR benarlah jodoh itu rahsia allah??? assalamualaikum zauj?? terima kasih abe shahron kerana sudi menjaga titipan dari arwah, arwah mesti bangga dgn abe? terima kasih bersedia utk bercinta slps kahwin????? Menerima zauj dari jawapan illahi melalui istikarah… allah? semoga yg baik2 buat kita duhai kekasih baru ku yg halal???✨ thanks for all the dua??? may allah bless u all??#shahron?nina
Bercakap kepada Lobak Merah, Nina tidak menyangka perkongsian pendeknya di TikTok itu menarik perhatian ramai dan setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mencapai lebih sejuta tontonan.
“Berkat ihsan mak dan ayah mentua”
Nina menggambarkan pertemuannya dengan suami adalah sesuatu yang sangat indah, kisahnya suami wanita kuat ini merupakan satu-satunya adik beradik arwah yang masih belum bertemu jodoh.
Selepas kematian tunangnya akibat lemas itu, ibu dan ayah mentuanya yang disifatkan sangat baik, mencadangkan dan mempertemukan kedua-dua mereka kerana tidak sanggup melihat keadaan Nina yang teramat murung pada ketika itu.
![WhatsApp Image 2023 10 25 at 4.40.01 PM](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2023/10/WhatsApp-Image-2023-10-25-at-4.40.01-PM-200x300.jpeg)
Malah, menurutnya arwah berpesan Nina itu seorang yang sangat baik dan dia tidak mahu mensia-siakannya dan menyambutnya dalam keluarga mereka.
“Muka memang seiras”
Nina berkongsi, dia mengenali suami selepas ketiadaan arwah dan dia sangat terkejut apabila wajah serta fizikal arwah dan suaminya itu sangat seiras sehinggakan nama mereka pun hampir sama.
Selain itu, Nina turut berkongsi arwah dahulu sangat teruja dan sering berfikir bagaimana caranya untuk menjadi viral di TikTok, tanpa disangka-sangka impiannya itu tercapai tetapi menerusi Nina sendiri.
“Dia (Shahrizuan) yang design baju Nina yang putih dress kahwin tu, dia minta nak pkai putih je nanti kahwin.
Pastu dia cakap untuk dia tak sesuai putih baju melayu sebab ada lagi kain putih yang lawa untuk dia.
Dia pergi dengan baik dah, sebab tu Nina redha,” katanya.
“Allah bagi rasa mudah”
Apabila ditanya jika ada rasa seperti dalam bayangan arwah, Nina menolak kenyataan itu, sebaliknya dia berkata, apa yang pernah dirasai dengan arwah adalah satu kenangan manis.
Dia kini cukup bahagia dengan Shahron dan akan sentiasa fokus dengan suaminya itu.
Nina turut berpesan untuk meletakkan segala-galanya kepada Allah, dia juga berkongsi sebelum dia bersetuju untuk melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya itu dengan melakukan istikharah secara bersungguh-sungguh.
Allahu, semoga Nina dan suami bahagia hingga ke jannah. Amin!
Sumber: TikTok