in

Muka Dikatakan Sama Macam Arwah Adik, Penghantar Makanan Terima Tip Lebih Daripada Pelanggan

ft penghantar makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin disebabkan terlalu rindu, seorang wanita tidak teragak memberikan tip lebih kepada seorang penghantar makanan kerana dikatakan lelaki ini mempunyai wajah yang mirip dengan arwah adiknya.

Perkongsian yang mengundang sebak itu dimuat naik di TikTok miliknya dan meraih lebih daripada 900,000 sepanjang 6 hari ia dikongsikan.


Artikel berkaitan : Penghantar Makanan Maut Dirempuh Kereta Ketika Sedang Tunggu Lampu Isyarat Merah

Artikel berkaitan : “Pasrah Sangat Tu Bang” – Penghantar Makanan Redha, Wanita Bersama Jubah Konvo Ajak Bergambar

“Akak ada bagi tip lebih sikit untuk adik. Muka adik sama macam arwak adik akak, Terima kasih hantar makanan ke rumah akak ya dik,” tulis nota ringkas di perkongsian itu sampai dikepilkan wang tunai bernilai RM 50.

Screenshot 2025 07 21 130853

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa sebak apabila melihatnya dan ada yang menyifatkan bahawa pemberian ‘hadiah’ buat ‘kembar’ adiknya ini sebagai satu tanda untuk dia melepaskan rindu terhadap arwah adiknya.

Screenshot 2025 07 21 131524 Screenshot 2025 07 21 131615 Screenshot 2025 07 21 131755

Sebaknya, mungkin dah rindu sangat dah tu.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.