in

“Muka ada vibe do” – Rupanya Ini Kisah Lelaki Yang Jadi ‘Meme’ Terkenal Di Serata Dunia

sa5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggemar ‘meme’ atau tidak, mesti korang pernah tengok gambar lelaki ni. Tapi soalan utamanya ialah siapa dia? Kenapa gambar dia terkenal dan digunapakai oleh warganet di serata dunia?

Meh admin cerita sikit berkenaan lelaki ini.


Nama dia Sarim Akhtar, seorang warga Pakistan yang menetap di London. Lelaki ini tular selepas aksinya yang kecewa dirakam dalam satu perlawanan suka kriket di sana. Muka memang macam pakcik-pakcik kecewa betul.

Taktau lah korang tapi min masih berdekah tengok video tu.

Setelah gambarnya tular, Sarim menceritakan hal yang sebenar kepada International Cricket Council (ICC).

Katanya, dia tengah geram dengan pemain kriket Pakistan yang melepaskan bola dengan senang semasa perlawanan menentang Australia dalam Piala Dunia Kriket.

sa1

Kebetulan, semasa melakukan reaksi tersebut, dia berada betul-betul di belakang pemain itu dan kamera pantas zoom ke arah dia yang ketika itu sedang cekak pinggang dengan muka geram tapi tak boleh buat apa-apa. Terima kasih cameraman kerana pantas mengesan meme.

Menurutnya lagi, gambarnya popular semasa hari kejadian lagi sampaikan ada yang bertanya kepadanya, “adakah anda lelaki yang dijadikan meme ini?“. Tambahnya, sebaik habis perlawanan, ada wartawan datang memberitahu wajahnya tersebar di seluruh dunia.

Sarim sangat teruja ketika wartawan kata mereka mahu menemubual dia.

“Wah, saya seperti berada di awang-awangan pada waktu itu.”

Bak kata omputih gold reaction. Tahniah.

 

Sumber : Astro Awani

 

Baca : The Dancing Coffin: Kisah Disebalik Meme Sekumpulan Lelaki Menari Bersama Keranda Di Ghana

sa2

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.