in

Mufti WP Dakwa Hadis Popular Tidur Orang Berpuasa Adalah Ibadah Itu Daif

ft mufti hadis tidur adalah ibadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tahun umat Islam akan menyambut bulan Ramadan, sekali gus menjalani rukun Islam ketiga.

Pada bulan yang mulia ini, mesti ramai di antara kita yang akan menggunakan masa tersebut untuk beribadah dan mengumpul pahala kerana Allah SWT.


Namun, mesti ramai dalam kalangan kita yang pernah dengar sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya yang berbunyi;

“Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah dan diamnya adalah tasbih.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman)

pexels monstera 6281902 1

Korang tahu tak hadis tersebut tak sahih?

Menurut al-Imam al-Baihaqi, terdapat perawi yang lemah di dalam hadis tersebut  yang membuatkan status hadis itu dikira sebagai daif.

Selain itu, pandangan yang sama juga telah disuarakan oleh beberapa cendekiawan Islam lain seperti al-Imam al-Iraqi dan al-Munawi.

Pada masa yang sama, hadis popular itu juga selalu digunakan oleh orang ramai sebagai sandaran untuk sikap bermalas-malasan dan banyak tidur ketika menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Walaubagaimanapun, kita perlu tahu bahawa salah satu adab yang betul semasa menjalani ibadah puasa adalah dengan mengurangkan tidur di siang hari, sebagaimana yang dinasihatkan al-Imam al-Ghazali

“Bahkan diantara adab (berpuasa) adalah tidak memperbanyakkan tidur di siang hari sehingga dia merasa haus dan lapar.” (Ihya Ulumuddin)

Tak salah nak tidur, tapi….

pexels rodnae productions 7249191

Namun, tidak salah untuk kita berehat dan tidur sebentar bagi mendapatkan tenaga supaya kita menjadi lebih kuat untuk beribadah.

Dalam hal itu, barulah tidur itu boleh dianggap sebagai ibadah seperti yang disuarakan oleh Saidini Muaz bin Jabal yang menyebutkan;

“Jika aku, aku tidur dan bangun (solat) malam, aku menganggap waktu tidurku seperti waktu aku (ibadah pada) malam hari.” (Sahih al-Bukhari)

Sebaliknya, pada bulan yang mulia ini, kita disarankan untuk perbanyakkan amalan dengan membaca al-Qur’an, berzikir dan menuntut ilmu.

Sebagai info tambahan, Hadis Daif ialah hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.

Sumber: Laman Web Mufti Wilayah Perseketuan, Sinar Islam Plus

Baca : Kecoh! Influencer Makan Sotong Hidup Semasa Bercuti Di Thailand, Ini Penjelasan Mufti WP

ft masya makan sotong hidup 608x320 1

Sumber: Pexels
Sumber: Pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.