in

“Mudahkan kerja polis & Interpol” – Polis Minta Mangsa Penipuan Pakej Pelancongan ‘Influencer’ Tampil Buat Laporan

Syaz Ft 2024 12 18T165929.864

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis menggesa individu yang percaya mereka ditipu oleh seorang pempengaruh yang menjalankan agensi pelancongan untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan dengan segera.

Menurut laporan New Straits Times, tiada laporan rasmi diterima menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf setakat semalam.


Artikel berkaitan: Kecoh Isu ‘Scam’ Pelanggan Hampir RM400k, Kim Seri Beri Jaminan Akan Bayar 2 Bulan Lagi

Artikel berkaitan: “Segalanya hanya pinjaman” – Restoran Ditukar Milik, Kim Seri Dakwa ‘Dibuang’ Secara Tiba-tiba?

Terbaru, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima lima laporan berhubung perkara itu.

Whatsapp Image 2023 10 09 At 10.24.29 78529290 768X528 1

“Kami meminta mangsa untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan. Ini akan membolehkan kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Korea Selatan dalam menyiasat perkara itu.

Laporan ini penting untuk membantu mangsa dan memudahkan kerjasama dengan polis Korea Selatan dan Interpol,” kata Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak polis susulan video TikTok tular yang dimuat naik semalam di mana seorang wanita mendakwa dia telah ditipu oleh seorang pempengaruh.

Dalam video itu, wanita berkenaan berkata dia dan sekumpulan yang lain terkandas di lapangan terbang di Korea Selatan kerana bilangan tiket penerbangan pergi balik tidak mencukupi.

Wanita itu mendedahkan tiada tiket dibeli atas nama mereka dan ketika dia menghubungi influencer itu, dia hanya menggambarkan situasi itu sebab ‘kesilapan teknikal’.

Sumber: NST, Harian Metro

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.