Lagu APT, terbaharu dari Bruno Mars yang menampilkan Rose dari kumpulan Blackpink telah mencetuskan fenomena diserata dunia. Rentak lagu nya yang catchy itu telah menjadi siulan ramai serta mengungguli carta-carta utama dunia.
Artikel berkaitan: “Hafal lirik tanpa sedar mesej” – PHM Kongsi Maksud Tak Senonoh Dalam Lirik Lagu APT
Artikel berkaitan: KKM Tampil Bidas Kenyataan Portal Hiburan Korea Selatan Dakwa Ulas Isu Lirik Lagu ‘APT’
Walau bagaimanapun, lagu APT tersebut menerima tentangan daripada beberapa pihak. Memetik laporan Astro Awani, lagu APT itu telah menimbulkan beberapa polemik.
Antaranya lirik dan pengaruh yang cuba disampaikan disifatkan memberi kesan negatif kepada pendengar.
Terkini, pihak sekolah di Korea Selatan juga turut melarang pelajar-pelajarnya untuk mendengar lagu APT ini.
Alasan larangan itu adalah kerana rentak lagu itu yang terlalu menarik untuk didengar telah menganggu saat pelajar menimba ilmu.
Melodi dan konsep lagu APT yang ceria sehingga menjadi siulan ramai itu amat sukar dilupakan. Para pelajar dan penggemar tidak dapat melepaskan peluang setiap kali mendengarnya sehingga seolah-olah ketagih dengan lagu itu.