Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa yang pernah tular kerana kanser mata tahap empat kini dalam keadaan kritikal.
Perkara itu disampaikan oleh pengacara dan penyampai radio, Elly Mazlein yang memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesihatan adik Alisa yang berusia setahun 11 bulan itu.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina memberitahu kesihatan Alisa semakin merosot.
Artikel berkaitan: Bayi Hidap Kanser Mata Tahap 4 Minta Duduk Dalam Peti Ais Sebab Kepanasan Undang Sebak Netizen
Artikel berkaitan: “Saya tak ada masalah dengan mereka” – Haziq Hussni Enggan Masuk Campur Kemelut Elly Mazlein & Jihan
Dalam hantarannya, Elly juga menunjukkan dia sudah berada di hospital dan berjumpa dengan keluarga adik Alisa untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.
View this post on Instagram
Alisa sebelum ini baru sahaja selesai menjalani sebuah pembedahan terakhir dan dilaporkan sudah bebas kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh cycle kimoterapi.
Terdahulu, kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak.
Semoga adik Alisa diberikan kesembuhan…
Sumber: Instagram