Setelah membuat pengakuan secara terbuka mengenai perkahwinannya, nama Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan Ira Kazar seringkali menjadi buah mulut netizen, ramai pihak terdekat dah mula bersuara dan meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan pengarah dan pelakon filem Munafik itu.
Setelah beberapa ketika ‘mendiamkan diri’ selepas pengakuan secara terbuka itu, Syamsul Yusof ada muatnaik satu foto di Instagram dengan caption yang boleh dikatakan ‘mengundang’.
Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang & banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik.”
Ucapan selamat pagi itu diiringi dengan harapan agar kedua-dua isterinya itu bersabar dan tenang serta meminta agar doakan yang baik-baik sahaja.
Fotonya itu turut dikepilkan bersama 2 foto lain iaitu, gambar persandingannya dengan Puteri Sarah dan pernikahan dengan Ira Kazar.
https://www.instagram.com/p/CnOHxKbvEGM/?igshid=NTdlMDg3MTY%3D
Walaubagaimanapun, ruangan komen di gambar tersebut telah dihadkan kepada individu-individu tertentu sahaja. Hurmm, min tertanya juga apa cerita kes dia nak saman Jawi tu eh?
Baca : Bengang Puteri Sarah Dituduh Derhaka, Janna Nick Ajak Netizen Boikot Syamsul Yusof?