in

Menangis Tak Makan Sebab Kafe Tutup, Pelajar IPT Mohon Maaf Akui Tak Tahu Ada Bantuan

pelajar kafe tutup 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga mempunyai masalah tersendiri, lebih-lebih lagi melibatkan wang saku serta perbelanjaan bagi mereka yang berada jauh dari rumah.

Hujung minggu lepas, tular sebuah video yang memaparkan rintihan seorang pelajar sebuah IPT di Johor yang menangis kerana tiada kafe yang buka di universitinya walaupun pelajar sudah mula kembali ke kampus.


Video berkenaan mendapat perhatian ramai netizen dan ramai yang bersimpati dengan situasi yang dihadapi pelajar tersebut, tidak kurang juga ada yang mengkritik pelajar berkenaan dan menyifatkan dia terlalu manja dan tidak pandai berdikari.

Walaupun video berkenaan telah dipadam dari TikTok miliknya, namun hari ini pelajar yang menggunakan nama @bayinuckal di TikTok itu tampil membuat permohonan maaf kepada semua terutamanya kepada pihak universiti.

@daniel.rezza2

pihak University sangat perhatin, maka mereka telah menyediakan banyak bantuan kepada para pelajar yang memerlukan. saya meminta maaf kerana misunderstanding

♬ original sound – Bayinuckal – Daniel Rezza 2

“Sebenarnya pihak universiti saya telah menyediakan keperluan makanan dan minuman kepada para pelajar yang mempunyai masalah tersebut (kewangan), cuma saya yang tidak tahu tentang bantuan itu. 

Maka di sini saya ingin meminta maaf sekali lagi kepada pihak universiti management kerana telah salah faham sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini pelajar berkenaan meluahkan rasa sedihnya kepada pihak IPT kerana tidak membuka kafe di dalam kampus dan dia difahamkan telah diberikan makanan oleh individu berhati mulia yang berada di situ.

Baca: Pelajar IPT Baling Mercun Bola Dari Tingkat Atas Apartmen, Netizen Mohon Polis Ambil Tindakan

Mercun Apartmen 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.