in

Misteri Terbongkar! Billboard KL Yang Tayang ‘Search History’ Tu Rupanya…

collage 17

Minggu lepas, satu papan iklan digital dekat beberapa kawasan di KL telah menjadi bualan ramai bila ia tayangkan search history pelik seseorang. Ekoran ini, ramai netizen yang tertanya-tanya siapa punya sejarah carian yang sampai terkantoi tu?

Mana tidaknya, billboard tu langsung tak tunjuk siapa disebalik paparan tersebut sampai buat ramai berspekulasi.

Pempengaruh pun bagi reaksi, siap bagi tips tak kantoi

Malah ia turut mendapat perhatian seorang influencer tempatan @isawkwardguy yang telah memuat naik video reaksi di Instagram selepas melihat sendiri billboard viral tersebut.

Dalam video tu, pempengaruh ni tanya ‘Baby’ dia salah satu soalan viral iaitu “What does cat food taste like.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J (@isawkwardguy)

Kemudian ‘Baby’ dia jawab semua persoalannya sebelum dia dedahkan sebenarnya ‘Baby’ dia tu merupakan Gemini Live. Dia juga turut menasihat pengikutnya, kalau ada soalan pelik-pelik macamtu, cakap je tak payah taip. Barulah tak kantoi kan?

Rupanya billboard tu ‘trick’ Samsung nak perkenal Gemini Live?

Dalam video yang dikongsikan di Instagram Samsung Malaysia, Samsung mengatakan yang ‘insiden’ viral tersebut adalah angkara mereka sendiri untuk perkenalkan Gemini Live, iaitu satu teknologi AI terbaru yang ada dalam Samsung Galaxy S25.

It was us. Always has been. #DoneClaim

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Samsung Malaysia (@samsungmalaysia)

Apa Gemini Live ni sebenarnya?

Screenshot 2025 05 19 at 2.03.08 PM

Kalau korang nak tahu, Gemini Live ni bukan sekadar AI biasa, ia merupakan satu ciri pintar yang ada dalam Samsung Galaxy S25, dan berupaya untuk berinteraksi dengan pengguna menggunakan suara, teks atau kamera. Basically, macam korang borak dengan kawan sendirilah. Korang boleh tanya apa-apa soalan yang terlintas dalam fikiran dan terus dapat jawapan on-the-spot.

Contohnya, kalau zip beg tersangkut, tunjuk je guna kamera dan tanya. Gemini terus bagi cara nak betulkan, siap langkah demi langkah.

Tak tahu nak masak apa? Cakap je bahan yang ada kat rumah, Gemini akan cadangkan resepi lengkap dengan cara nak buat sekali.

Kalau tak faham simbol dekat baju, scan je label tu dan tanya. Gemini akan terus explain maksud setiap simbol dengan jelas.

Dengan Gemini Live, hidup jadi lebih mudah. Tak perlu taip panjang-panjang. Cakap je, semua settle.

Rasai sendiri pengalaman bercakap dengan Gemini Live di The Starhill KL

Samsung AI TalkSpot PR Banner

Kalau korang nak tengok sendiri kecanggihan Gemini Live, jom singgah ke Samsung AI TalkSpot with Galaxy S25 Series yang akan berlangsung di The Starhill, KL dari 21 hingga 27 Mei 2025. Dekat event ni, korang boleh cuba sendiri tanya Gemini Live apa-apa soalan guna suara, teks atau kamera.

Ada banyak aktiviti menarik dan pengalaman interaktif yang korang boleh explore. Paling best, korang juga berpeluang untuk menang goodies menarik sepanjang minggu tu.

Bukan itu saja, setiap pembelian Samsung Galaxy S25 akan disertakan dengan akses percuma Gemini Advanced selama 6 bulan. Dengan akses ni, korang boleh guna semua fungsi premium tanpa had. Nak cari resepi, translate, ringkaskan artikel atau scan zip beg rosak pun boleh.

Teknologi ni memang praktikal dan senang gila nak guna. Lepas ni, tak payah malu kalau orang nampak search history pelik-pelik. Dengan Gemini Live, korang hanya perlu #TalkNotType.