in

Misteri! Baru Sehari Bernikah, Isteri Didakwa Hilang Selama 7 Hari Tak Pulang Ke Rumah

Ft Pengantin Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari indah buat seorang pengantin lelaki dari Indonesia ini berubah menjadi pilu dalam sekelip mata apabila wanita yang baru sehari sah menjadi isterinya telah hilang tak dapat dikesan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, si isteri ada meminta izin lelaki ini untuk membeli ayam geprek yang terletak berhampiran dengan rumah mereka sebelum dilaporkan hilang.


Difahamkan mereka telah bernikah pada 25 Jun lepas, namun pada keesokan harinya, kira-kira jam 4.30 petang, isterinya yang dikenali Anggi itu, keluar rumah sambil membawa motor dengan memakai baju berwarna hitam dan berseluar ungu.

“Dia ada bawa handphone Samsung warna hitam dan dompet,”

Sejak dari itu, isterinya tidak pulang ke rumah dan ketika dia pergi mencarinya, dia menemukan surat pengesahan kenderaan motor tak jauh dari lokasi Anggi membeli Ayam Geprek itu kira-kira jam 7 petang.

Sehingga 2 Julai ini, isterinya dilaporkan sudah 7 hari menghilang dan masih lagi menjadi tanda tanya lelaki yang dikenali sebagai Fahmi ini.

“Saya juga bingung harus seperti apa sudah 7 hari belum pulang juga. Sudah lapor polisi belum ada informasi lagi.”

Jelas Fahmi, dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan isterinya sebelum ini dan mereka yang bercinta selama 5 bulan ini juga tidak ada sebarang paksaan dalam pernikahan mereka.

Bercerita mengenai apa yang berlaku sebelum kejadian, dia dan isterinya dikatakan begitu mesra dan perbualan mereka juga tidak timbul sebarang kata-kata yang mencurigakan.

Fahmi juga menjelaskan bahawa dia sudah membuat laporan polis dan berharap agar isterinya itu dapat ditemukan dengan kadar segera.

Baca : Tok Kadi Jadi Tumpuan Masa Majlis Akad Nikah Gara-gara Terlalu ‘Helok’

Ft Tok Kadi Helok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.