in

Miss Japan 2024 Terpaksa Lepaskan Gelaran Gara-gara Kantoi Berskandal Dengan Suami Orang

miss japan kantoi ada skandal dengan suami orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi perhatian ramai selepas dinobatkan menjadi Miss Japan 2024 walaupun berkelahiran Ukraine, Karolina Shiino baru-baru ini terpaksa melepaskan gelaran ratu cantik tersebut selepas terpalit dengan kontroversi menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Perkara ini dimaklumkan oleh penganjur pertandingan ratu cantik tersebut pada 5 Februari lepas apabila tersiarnya laporan dalam majalah Jepun, Shukan Bunsun bertarikh 31 Januari lalu yang mendedahkan skandal Karolina, 26 dengan seorang doktor yang sudah berkahwin.


skynews karolina shiino miss japan 6432652

Susulan laporan itu, Persatuan Miss Japan pada 1 Februari lalu telah mempertahankan Karolina dengan menyatakan di laman web mereka bahawa doktor terbabit telah menyalahgunakan gambarnya sebagai orang bujang dan ratu cantik itu juga tidak mengetahui status perkahwinan lelaki itu.

Persatuan Miss Japan percaya tiada kesalahan di pihak Karolina Shiino,” katanya.

Artikel berkaitan: Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani, Mahu Hidup Sederhana Di Kampung

Artikel berkaitan: Model Dilahirkan Lelaki Menang Pertandingan Ratu Cantik Miss Netherlands

Karolina rupanya tahu itu suami orang, lepaskan gelaran Miss Japan

Namun pada 5 Februari lalu, persatuan itu berkata yang maklumat lanjut mendapati Karolina tahu mengenai status lelaki itu dan mengelirukan orang ramai berhubung perkara tersebut.

Karolina kemudian membuat permohonan maaf dan melepaskan gelarannya sebagai Miss Japan 2024.

Dalam kenyataannya di IG, dia menyatakan kekesalannya dan tidak dapat bercakap benar kerana keliru dan takut.

Dalam pada itu, Persatuan Miss Jalan mengesahkan bahawa gelaran itu akan kekal tanpa diganti sesiapa pada tahun ini, sekaligus menyaksikan situasi yang belum pernah terjadi dalam sejarah pertandingan itu.

Agensi yang mewakili Karolina juga pada masa yang sama mengumumkan penamatan kontrak bekas ratu cantik itu.

Sebagai info, Karolina Shiino telah dilahirkan di Ukraine dan berhijrah ke Jepun pada usia 5 tahun apabila ibunya berkahwin dengan lelaki Jepun.

Karolina juga sebelum ni pernah berkongsi di media sosial mengenai perjalanannya dalam menjadi warganegara Jepun.

Kemenangannya dalam Miss Japan baru-baru ini juga telah dikritik hebat kerana dikatakan tidak mewakili rupa wanita di negara matahari terbit itu.

Sumber: Harian Metro

Sumber: SkyNews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.