in

“Minta hati burung m*ti bercinta” – Pesakit Kanser Rugi RM 60K Sebab Percaya Rawatan Bomoh

ft pesakit kanser

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara enggan menjalani rawatan susulan hospital, seorang pesakit kanser hilang segala-galanya kerana percayakan bomoh, biarpun peristiwa tersebut telah berlalu selama lebih daripada 10 tahun ia masih segar di ingatan Che Intan Md Zain, 62.

Katanya, disebabkan percayakan bomoh itulah dia kehilangan rumah yang dibeli hasil titik peluh sendiri. Dia bertindak sedemikian saat dirinya disahkan menghidap kanser otak pada tahun 2011 dan sehingga kini, dia masih berjuang melawan penyakit itu.


Artikel berkaitan : Ibu Neelofa Mahu Berehat Dari Dunia Perniagaan, Disahkan Hidap Kanser Payudara Tahap 1

Artikel berkaitan : Niat Nak Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Tanpa Batasan Aurat, Kiah Propa Terbuka Hati Nikah Semula

Che Intan menjelaskan bahawa dia takut untuk ke hospital kerana anggap prosedurnya menyakitkan selepas menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang untuk membuang tumor. Che Intan juga menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Pengimejan Resonans Magnetic (MRI).

Jadi, ada seorang rakan memperkenalkan dirinya dengan seorang bomoh di Titi Gajah, Alor Setar. Menceritakan pengalamannya mendapatkan ‘rawatan’ tu, Che Intan dikatakan telah dimandikan dengan 7 jenis bunga.

“Saya dimandikan dengan 7 jenis bunga tujuh hari selain diminta mencari hati burung mati bercinta dan kain kafan orang meninggal pada hari Selasa.”

“Saya percaya dengan bomoh itu. Oleh sebab tak mampu mencari apa yang diminta, saya jual rumah dan barang kemas serta serahkan wang simpanan berjumlah lebih RM60,000.”

“Rupanya dia menipu saya. Pada masa sama, keadaan saya semakin teruk sehingga sebelah mata kabur kerana kanser merebak tanpa rawatan sewajarnya.”

Screenshot 2025 03 13 155218

Disebabkan itu, Che Intan hilang segala-galanya dalam sekelip mata dan ia mendorong Che Intan untuk menumpang di rumah ibunya, Hatijah Long, 86, yang semakin uzur manakala suaminya, Maznan Mohd Din, 62, tidak lagi bekerja sebagai pengawal keselamatan atas faktor berusia.

Menurut Berita Harian, Che Intan dan suami mempunyai seorang anak lelaki berusia 33 tahun yang sudah berkahwin dan tinggal berasingan manakala anak angkat yang berusia 16 tahun masih tinggal bersama mereka.

Katanya, dia tidak malu untuk kongsikan pengalamannya, katanya ia sebagai usaha untuk mengelakkan lebih ramai orang daripada terpedaya.

Dalam pada itu, Pengerusi CSM, Zuraini Kamal berkata, kisah Che Intan perlu dijadikan pengajaran, beliau menasihatkan pesakit kanser mengikut rawatan ditetapkan doktor termasuk kemoterapi dan radioterapi.

Katanya, perbelanjaan untuk rawatan tidak mahal jika dibandingkan dengan bomoh itu kerana banyak hospital kerajaan yang menggunakan kaedah rawatan moden yang boleh bantu pesakit kanser, ada juga yang sudah sembuh.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.