in

Michelle Yeoh Dipilih Sebagai Ikon Tahun 2022 Oleh Majalah Time

Michelle Yeoh Time Magazine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majalah Time merupakan salah satu majalah gaya hidup yang terawal di Amerika Syarikat, ia diasaskan pada tahun 1923 di New York.

Majalah tersebut menjadi salah satu sumber utama dalam media arus perdana dan ia merangkumi segala topik termasuklah politik, sains dan ekonomi.


Setiap tahun, majalah terkenal itu akan menamakan ikon yang berpengaruh dan tahun ini pengiktirafan itu diberikan kepada pelakon kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh.

Pelakon lagenda itu diberikan penghormatan tersebut selepas sumbangannya yang tinggi dalam bidang perfileman Hollywood serta Hong Kong.

https://www.instagram.com/p/Cl1HljpNE2R/?hl=en

Dalam posting majalah tersebut di Instagram, pelakon filem James Bond: Tomorrow Never Dies itu memperakui Michelle Yeoh sebagai ‘kuasa besar’ dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri.

“Tetapi, filem Everything Everywhere All At Once yang menjadi filem indie paling hit di mana Yeoh memainkan watak sebagai isteri dan ibu yang mesti menyelamatkan dunia, pelakon Malaysia yang kini berusia 60 tahun itu menjadi pelakon No. 1 di Hollywood.” tulisnya.

Filem arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu dianggap detik ’emas’ yang sudah lama dinantikan, malah ramai percaya Michelle Yeoh bakal menggenggam trofi Oscar melalui watak dalam filem tersebut.

Tahniah Tan Sri!

Baca: ‘Tewas’ Dengan Henry Golding, Aktor Simu Liu Dedahkan Kenapa Tak Dipilih Berlakon ‘Crazy Rich Asians’

Untitled Design 2022 05 23T121516.811

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.