Tahukah anda bahawa terdapat 10 hidangan yang baru-baru ini telah diwartakan sebagai makanan warisan negara kita? Empat daripada 10 hidangan tersebut ialah burasak, mi kolok, nasi ambeng dan air katira.

Memetik laporan Sinar Harian, 10 hidangan tersebut telah diwartakan dalam Pengisytiharaan Objek Warisan 2024.
Pewartaan 10 hidangan tersebut sebagai makanan warisan negara telah dikongsikan oleh Mohamad Muda Bahadin yang merupakan Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara.
Selain burasak, mi kolok, nasi ambeng dan air katira, antara makanan lain dalam senarai 10 makanan warisan itu ialah jeruk tuhau (makanan tradisional Kadazan-Dusun), uthappam, kuih genggang atau lapis, karas dan dodol kukus tahi minyak.
Selain itu, makanan herba tradisi Cina iaitu Bak Kut Teh turut tersenarai.
Artikel Berkaitan: Jalan Kek Chuan Di Pulau Pinang Tersenarai Nombor 17 Tercantik Di Dunia!
Artikel Berkaitan: Adab Sebenar Ketika Menyenduk Nasi, Jangan Ambil Bahagian Atas Dulu!
Untuk pengetahuan semua, nasi ambeng yang merupakan makanan tradisi etnik Jawa sangat popular di Johor dan Selangor kerana memang ada masyarakat Jawa di negeri-negeri tersebut.
Mi kolok yang cukup popular di Sarawak dan nasi ambeng berada dalam kategori makanan ruji, manakala dalam kategori kuih-muih pula adalah hidangan kuih genggang, karas dan dodol kukus tahi minyak.
Jika air katira yang popular di Johor adalah dalam kategori minuman warisan dan jeruk tuhau dikategorikan sebagai makanan pembuka selera, bak kut teh pula berada dalam kategori sup.
Sedapnya minum air katira time berbuka puasa kan, tak lama lagi boleh la kita beli air katira di bazar ramadan kan.
Sumber: Sinar Harian, Free Malaysia Today