Lagu-lagu seperti Lagu Kita, Hanya Kau Yang Mampu dan Sungai Lui menjadi siulan ramai remaja pada era lagu-lagu indie sedang ‘meletup’.
Pelantunnya, Aizat Amdan melakar nama dalam industri seni muzik tanah air dengan lagu-lagunya yang meruntun jiwa serta romantis, malah Aizat Amdan juga pernah memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu berjudul Pergi.
Beliau merupakan artis kelahiran Akademi Fantasia dan menjadi kegemaran ramai sehingga ke hari ini. Beliau pernah menjadi inspirasi ramai apabila berjaya melakukan transformasi badan dengan menurunkan berat badannya secara mendadak.
Pun begitu, baru-baru ini penyanyi dan komposer itu kelihatan semakin berisi dan ramai netizen yang terkedu melihat perubahan bentuk badannya.
Video perkongsian pengguna TikTok @ameersyh itu difahamkan dirakam ketika Aizat sedang membuat persembahan di Rock n’ Riuh hujung minggu lepas.
@ameersyh Healinggg ke tuu 🙁
“Isteri masak sedap ni…”
Umum mengetahui Aizat Amdan sudah pun menamatkan zaman bujangnya pada bulan Ogos lepas dengan Elyssa Alia Illias, ramai netizen yang berspekulasi berat badan beliau menaik kerana bahagia selepas beristeri.
Takpelah Aizat, asalkan happy dan sihat!
Baca: “MashaAllah, cantiknya!” – Badan Semakin Kurus, Ramai Terpegun Lihat Transformasi Melly Goeslaw