in

“Mesej berguna dianggap negatif” – RTM Pertahan ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’, Tetap Mahu Tayang Drama Tema ‘Semburit’

Demi Tuhan Aku Bersaksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang sudah ramai ketahui, drama ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ yang bakal ditayangkan RTM ini telah mendapat kecaman dan teguran daripada netizen serta golongan ahli agama.


Susulan isu tersebut, baru-baru ini pihak RTM sendiri telah mengeluarkan kenyataan untuk memberi penjelasan serta mempertahan drama tersebut daripada terus mendapat feedback buruk dari netizen ramai, lapor Malaysiakini.

 

Tiada niat papar sisi negatif pusat tahfiz, hanya ingin sampaikan mesej berguna 

Menurut Pegawai Perhubungan Media RTM, Nurhaniah Ayub, isi kandungan drama tersebut memang tiada niat untuk papar sisi negatif pusat tahfiz. Malah sebaliknya, ia sarat dengan mesej berguna yang boleh dijadikan pengajaran buat masyarakat sekeliling.

“Drama ini sarat dengan mesej yang bagus dan memberitahu kepada masyarakat isu realiti memang berlaku dalam masyarakat kita.

“Sebenarnya ia terpulang kepada individu yang akan menonton drama ini. Kalau mereka memandang mesej yang disampaikan secara positif, maka ia menjadi pengajaran.

“Andai kata sebaliknya berlaku, rugilah mereka kerana mesej yang berguna dianggap negatif,” katanya.

68473758 10217119050143075 1325854153712336896 N 1
sumber: facebook

 

Kisah maknyah ingin pulang ke pangkal jalan

Bagi ramai yang masih keliru kisah drama ini berkenaan apa, ia sebenarnya menceritakan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan bertaubat serta mendalami ilmu agama.

Watak utama yang dilakonkan oleh Syafie Naswip ini akhirnya telah membuat keputusan untuk masuk ke pusat tahfiz. Namun ketika dia disana, dia telah dihina dan dikeji sebagai pengikut kaum Luth. Oh macam tu ceritanya! Bukan isu ‘semburit’ di tahfiz. 

67783539 2369102010076952 3592541178744012800 N

67669304 10162083617920537 7608333375710953472 N
sumber: facebook

 

“Mungkin kalau ditonjolkan isu hubungan songsang berlaku di pejabat atau lokasi lain, ia kurang beri kesan mendalam…” 

Tambah Nurhaniah lagi, situasi yang ditonjolkan dalam drama tersebut hanyalah sekadar jalan cerita dan pusat tahfiz dipilih sebab penerbit inginkan kelainan yang boleh tarik minat masyarakat menonton drama ini.

“Mungkin kalau ditonjolkan isu hubungan songsang berlaku di pejabat atau lokasi lain, ia kurang memberi kesan mendalam kepada masyarakat.

“Lagipun, sebelum penggambaran dijalankan, RTM sendiri sudah membuat penilaian terlebih dahulu sama ada naskhah drama yang bakal disiarkan sesuai atau tidak.

“Ini juga membuktikan kami menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat untuk membawa mesej yang positif melalui siaran drama,” katanya.

So apa kata anda? Tonton dulu baru nilai? Mungkin ada betulnya juga. 

Baca: “Minta laknat Allah siapa buat cerita ni” – Netizen Tak Setuju Tayang Drama ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ Kerana Calarkan Imej Pusat Tahfiz?

Dtab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.