Memang tak dapat dinafikan bila tiba je bulan Ramadan, macam-macam hidangan yang kita craving nak makan. Bila pergi je kedai makan atau bazar, memang rambang mata ni nak pilih. Mana taknya, toleh kanan ada ayam percik, toleh kiri pulak ada roti john. Belum lagi tengok bahagian kuih kan. Fuh, menggiurkan betul!
Namun, kalau korang perasan sekarang ni dah banyak kes ‘scam’ yang melibatkan makanan. Ada yang beli tart nenas tapi takde inti, beli roti john pun inti ayam ‘ghaib’ dan beli kebab tapi roti sandwich yang digunakan peniaga. Haish, nak marah tapi kena sabar!
Cuba korang bayangkan bila perut dah lapar time bulan puasa lepastu korang belilah hidangan berbuka. Tapi malangnya, dalam makanan tu ada binatang yang boleh buat korang loya seminggu dan auto kembang tekak punyalah. Spoil habis mood nak berbuka!
Macam tu jugaklah situasi yang dialami oleh seorang gadis @_naleya_ ni yang telah memuatnaik satu video di TikToknya menunjukkan ada ulat kecil warna putih seakan ulat sampah dalam makanan yang dibelinya di kedai.
@_naleya_ ????? ?? ????? ???????.. ????? ?? ???? ????? ?????? ????? ???? ?? ? ????? ??????? ??? ??? ???? ??? ?? ???? ????????? ? ?? ?? ????? ????? ?????..? ?? ????? ?????? ??????… #bulanramadhan #nasikerabu #babyulat #fyp
Dalam video tersebut, memang jelas ada ulat putih kecil tengah merayap dekat lauk nasi kerabu tu. Bukan hanya satu ulat, tapi banyak tau. Paling terkilan bila gadis ni perasan ulat tu ada waktu jam dah menunjukkan pukul 7.20 petang iaitu waktu nak berbuka puasa. Frust betullah!
Menurut gadis ini yang lebih dikenali sebagai Naleeya, dia berpesan agar netizen berhati-hati bila beli makanan dan ambik masa untuk belek makanan tu. Naleeya turut berpesan kepada peniaga supaya makanan lama jangan recycle balik sebab perbuatan ni menganiaya pelanggan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan perbuatan peniaga tersebut dan ada yang risau nak beli makanan kat luar.
“Arggh risau nak beli makanan kat luar lepasni” – Komen netizen
“Peniaga tak rasa bersalah ke dalam bulan puasa ni, harap nak untung jer” – Komen netizen
Kalau kena camni, baik masak je kat rumah kan?
Baca: “Sos je meriah” – [VIDEO] Gadis Kecewa Beli Roti John Tapi Inti ‘Hilang’