in

“Mereka ‘dijemput’ dalam keadaan sama” – Bapa Mangsa Kemalangan Di Dungun Sudah Tiada Anak Lelaki

Syaz Ft 2024 10 10T124734.390

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu Malaysia digemparkan dengan kes kemalangan empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang menyebabkan tiga daripada mereka meninggal dunia.

Antara yang terkorban dalam kemalangan itu ialah Khairil Anwar, Ku Adib Aizab Ku Azmi dan Muhammad Akmal Md Tukirin.


Artikel berkaitan: Langgar Pelajar UiTM Dungun Hingga Meninggal Dunia, Video Gelagat Wanita Disyaki Kurang Siuman Tular

Artikel berkaitan: Baru Pulang Makan, 3 Pelajar UiTM Dungun Maut Dirempuh Wanita Disyaki Tidak Siuman

Cats 9

Bapa kepada Khairil Anwar yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Dungun itu memberitahu ini merupakan kali kedua dia kehilangan anak dalam keadaan yang sama.

“Saya sudah tiada anak lelaki apabila kedua-duanya meninggal dunia dalam kemalangan. Lebih memilukan apabila mereka ‘dijemput’ dalam keadaan dan bulan yang sama,” katanya.

Jamaludin berkata dia menerima panggilan daripada salah seorang kakitangan UiTM, kira-kira 9 malam sebelum bergegas ke Dungun dan tiba di sini, 3.30 pagi.

Difahamkan, kali terakhir dia dan isteri bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu pada 6 Oktober lalu, ketika menghantarnya ke Dungun untuk memulakan semester baharu.

“Tujuh tahun lalu, anak sulung, Muhammad Khairul Izzudin juga meninggal dalam kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan.

Anak sulung dijemput Ilahi pada 3 Oktober 2017 dan kini anak bongsu pada 9 Oktober, malah masa kejadian itu juga hampir.

Saya tak sangka kejadian ini berulang lagi, kehilangan dua anak lelaki akibat kemalangan pada bulan sama,” katanya.

Jenazah Khairil Anwar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang.

Al-Fatihah…

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.