in

“Mereka bisnes 2 in 1” – Lelaki Dedah Aktiviti ‘Dark Side’, Pakej Dibayar Serendah RM35

dark 4 1

Sejak gigolo tempatan diberkas awal Januari lalu, ternyata aktiviti persundalan ini semakin berleluasa di laman X. Ia diibaratkan kerjaya baharu bagi segelintir wanita atau lelaki tempatan yang memilih jalan tersebut untuk mendapat keuntungan mudah dan lumayan.

Menurut Harian Metro, golongan tersebut dikesan menjadikan platform media sosial sebagai tempat ‘mencari rezeki’ dengan memasarkan gambar dan video lucah mereka. Difahamkan, pelakon dark side yang membuat penerbitan pornografi Made In Malaysia seolah-olah meniru idea pembikinan dan pemasaran industri JAV atau Japan Adults Video.

dark 2

Bisnes dark side 2 in 1, pakej serendah RM35?

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amin mendedahkan pakej dark side ini boleh didapati dengan bayaran serendah RM35. Menurutnya, ramai wanita tempatan yang terlibat dengan kegiatan jijik ini menawarkan video telanjang mereka melalui private account di platform X tanpa rasa segan silu.

Artikel berkaitan: Rakam & Jual Puluhan Klip Video Lucah, Polis Cekup ‘Gigolo’ Tempatan Bersama 2 Teman Wanita

Artikel berkaitan: Simpan 19,011 Bahan Lucah Kanak-kanak Dalam ‘Pendrive’, Pembantu Kedai Dipenjara 6 Bulan

Pada awalnya, mereka akan mengiklankan video pendek untuk menarik perhatian lelaki hidung belang sebelum meminta sesiapa yang berminat menghantar direct message untuk berurus niaga.

Mereka bisnes 2 dalam 1. Mereka menjadi pelacur bebas dengan menetapkan lokasi, kadar bayaran dan tarikh tertentu bagi bertemu pelanggan yang berminat untuk melakukan hubungan seks.

Dalam masa sama, mereka turut mengembangkan ‘perniagaan’ dengan menghasilkan video seks dilakonkan sendiri untuk dijual kepada tontonan awam.

Pelakon dark side kecut perut lepas gigolo diberkas polis

Amin berkata, dia sudah tahu mengenai kewujudan gigolo tempatan yang menjual rakaman video seks di laman sosial dan ramai lagi individu melakukan aktiviti yang sama.

Kami sudah tahu kewujudan addya** (gigolo) yang menawarkan video lucah itu sekian lama. Malah jika pemantauan dilakukan di laman dark side, lebih banyak lagi individu sama sepertinya boleh ditemui.

Namun, sejak gigolo itu diberkas, ramai pelakon dark side senyap seketika dan memadam video seks mereka di media sosial.

Selepas gigolo Malaysia itu diberkas polis, ramai pensohor video seks tempatan bertindak segera memadamkan video seks masing-masing di laman sosial.

Ramai kecut perut dan ‘berehat seketika’ dari aktiviti ini. Akaun media sosial masing-masing ‘senyap’ dan sekadar diisi gambar-gambar biasa.

Amin berkata, individu yang menawarkan video seks ini boleh mendapat keuntungan mencecah ribuan ringgit bagi setiap video yang dilanggan oleh ribuan warga tempatan.

Sumber: Harian Metro