in

“Mereka akan panggil Mama” – Suami Cikgu Istiqomah Pilu Lihat 3 Anak Menangis Rindukan Ibu

Cikgu 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita pembunuhan Cikgu Istiqomah ternyata memberi kesan mendalam kepada keluarganya. Suami kepada Cikgu Istiqomah, Mohd. Yusoff Mokhtar, 35, mengakui dia berasa sebak mengenang nasib tiga anak yang kehilangan ibu buat selama-lamanya.

Cikgu 1
Sumber: kosmo!

Anak sedih tengok berita ibu

Kata Mohd. Yusoff Mokhtar, buat masa sekarang dia perlu menjaga emosi anak-anak dan jelaskan situasi yang terjadi kepada mereka, lapor Kosmo!.


Artikel berkaitan: Dilapor Sudah Hilang 8 Bulan, Polis Sahkan Mayat Tanpa Kepala & Tangan Milik Cikgu Istiqomah

Artikel berkaitan: “Suspek rakan di universiti” – Cikgu Istiqomah Disyaki Dibunuh Berkaitan Pelaburan Forex

Sekarang ini saya perlu jaga emosi anak-anak, terangkan apa yang terjadi kerana ada ketikanya mereka mahu menonton berita kematian Mama di televisyen.

Kadangkala, anak sulung mereka, Naura Auni,9, akan ‘curi-curi’ tengok gambar arwah kerana amat rindu membuatkan Mohd. Yusoff Mokhtar berasa lebih hiba mengenangkan nasib keluarganya.

Anak sulung suka curi-curi tengok gambar arwah kerana dia rindu tapi bila perasan saya melihat tindakannya itu, dia akan sembunyikan gambar kerana tidak mahu saya jadi sedih.

Kalau menangis tu, mereka akan panggil Mama, walaupun sedih saya perlu sembunyikan keperitan hati ini untuk memberi kekuatan kepada anak-anak.

Difahamkan, mayat guru tersebut ditemui dalam keadaan ngeri pada 31 Disember 2023 apabila beberapa anggota badannya dipotong sebelum disumbatkan ke dalam tong sampah di tepi jalan dekat Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang.

Cikgu 2
Sumber: sinar harian

Minta netizen jaga perasan keluarga

Pun begitu, Mohd. Yusoff Mokhtar merayu kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa spekulasi termasukan mengaitkan suspek sebagai bekas kekasih arwah.

Saya merayu orang ramai supaya tidak mengaitkan lelaki itu sebagai bekas kekasih isteri saya kerana mereka hanya berkawan di maktab perguruan sebelum ini.

Janganlah ditambah kesedihan kami sebaliknya doakanlah saya dan tiga anak yang masih kecil terus kuat mendepani pembunuhan kejam ini.

Terdahulu, polis mengesahkan mayat yang dijumpai disumbat dalam tong sampah di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang sah milik guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan ke atas ibu Istiqomah pada 2 Ogos lalu adalah sepadan dengan mayat.

Susulan itu, polis menahan seorang suspek berusia 37 tahun dan isterinya 36 tahun di Chemor, Perak kerana disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.