in

“Menyampah tengok orang kaya terima segala jenis bantuan”

ok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata bila ada duit, semua jalan. Dalam masyarakat kita sendiri, someone yang berpangkat, ada kuasa dan wang ringgit selalunya mesti dapat keistimewaan macam-macam kalau nak dibandingkan dengan orang yang takde apa-apa.

Nak tak nak, yang miskin ni terpaksalah berusaha lebih keras dan redha je dengan nasib dorang. Disebabkan hal ni, seorang anak muda bernama Daniel Farhan ada memuat naik satu status tentang pandangan dia sebagai rakyat Malaysia di Twitter.


ww 2
Sumber: Blog

Daniel dalam entrinya berharap sangat nasib anak-anak miskin kat negara kita lebih terbela dan jurang socio ekonomi antara orang kaya dan miskin akan dihapuskan.

ankmuda
Sumber: Twitter

Bila Daniel menyuarakan pendapat, ramai rupanya yang bersetuju dan sedar dengan kewujudan jurang antara golongan miskin dan golongan kaya ni. Pemberian hak kebiasaannya lebih cenderung diberikan kepada mereka yang lebih kaya. Padahal yang lebih memerlukan itu adalah mereka yang miskin.

Contoh terdekat, golongan kaya selalunya akan guna kabel untuk masuk universiti berprestij yang biasanya susah untuk orang lain masuk. Jika ada individu miskin membuat permohonan ke tempat yang sama, pastinya yang kaya akan diutamakan. Ni dah kira meragut hak golongan miskin yang mungkin sebenarnya lebih layak.

33
Sumber: Twitter
44
Sumber: Twitter

Ada juga yang menceritakan kisah kawan-kawannya yang sampai sanggup menipu hanya sebab nak dapatkan pinjaman pelajaran. Padahal kedua ibu bapanya bekerja dan pasti mampu untuk membiayai pengajian anak-anak.

Bila jadi macam tu, bantuan yang sepatutnya diberikan kepada golongan miskin jatuh ke tangan orang yang dah kaya. Yang susah dipinggirkan. Dengan perubahan yang kita lalui sekarang, ramai berharap supaya budaya sebegini dihapuskan dan tidak lagi diamalkan di negara kita.

kabel
Sumber: Twitter

Tak baiknya sampai menipu macam tu. Korang ada pengalaman berdepan dengan situasi macam ni tak? 

Nota: Gambar digunakan adalah sekadar hiasan

Baca: “Jangan ambil hak murid!” – Guru Kesal Ibu Bapa Penuhi Kantin Sampai Murid Tak Ada Tempat Duduk Untuk Makan

hak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.