Aiskrim bukan sahaja sedap dan diminati ramai tetapi kini terbukti ia juga bagus untuk otak anda jika dimakan ketika sarapan pagi. Serious!
Menurut Yoshihiko Koga, seorang profesor di Universiti Kyorin di Tokyo, mengambil aiskrim ketika sarapan pagi dapat membantu meningkatkan kecerdasan dan prestasi mental anda. Tak sangka kan?
Profesor Yoshihiko baru-baru ini menjalankan satu kajian klinikal mengenai ujian memakan aiskrim sebaik sahaja bangun dari tidur pada waktu pagi. Beberapa siri latihan mental pada komputer kemudian dijalankan untuk menguatkan lagi teorinya.
Bagi memastikan ianya bukan disebabkan tindak balas terkejut kerana memakan sesuatu yang sangat sejuk, beliau menjalankan semula ujian yang sama tetapi dengan air sejuk pula untuk membuktikan ianya berbeza sama sekali.
Nak tahu apa keputusan ujian tersebut?
Profesor Yoshihiko dapati mereka yang mengambil aiskrim sebagai sarapan pagi mempamerkan tindak balas yang lebih cepat dan kemahiran memproses maklumat yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengambil aiskrim di waktu pagi.
Menurut Telegraph, pada tahun 2005, Institut Psikatrik di London pernah menjalankan beberapa kajian saintifik tentang mengapa aiskrim berkemungkinan mempunyai kesan mental yang positif kepada mereka yang memakannya.
Adakah kelebihan ais krim untuk sarapan melebihi kesan kesihatan – mungkin dalam jangka masa panjang? Nampaknya, sudah pasti lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menyokong kenyataan tersebut.
Sementara itu, mari lah kita nikmati aiskrim waktu sarapan pagi 😀