Seorang wanita kecewa dan tidak mampu berkata-kata selepas mendapat tahu suami yang meninggalkannya selama bertahun-tahun rupanya hanya tinggal berdekatan.
Menurut Sosok, kejadian itu berlaku di Madura, Indonesia di mana si suami memang menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak 4 tahun lepas dan langsung tidak pernah memberikan nafkah.

Disebabkan ditinggalkan dengan mengejut dan tanpa mengetahu apa sebabnya, si isteri terpaksa mencari kerja untuk membiayai belanja seharian.
Sehinggalah baru-baru ini, seorang makcik membocorkan rahsia dan memberitahu bahawa suami wanita itu sudah berkahwin dengan anak perempuannya.
Lebih menyakitkan hati, suaminya dan isteri baru itu hidup bahagia serta menetap di sebuah rumah yang jaraknya hanya 10 meter dari kediamannya. Rupa-rupanya wanita itu adalah kekasih gelapnya sebelum ini.

Difahamkan, suaminya berkahwin dengan kekasih gelap itu dan sudah mempunyai 2 orang anak serta kini sedang hamil anak yang ketiga.
Ternyata udah berselingkuh dengan wanita lain, dan bahkan sudah menghamili wanita selingkuhannya.”

Bayangkan ditinggalkan suami dan tidak diberi nafkah tetapi suami rupa-rupanya sedang hidup bahagia dengan wanita lain bersama anak-anak.
Macam manalah selama ni tak kantoi padahal rumah dekat je…
Baca: “Saya tak pernah bagi izin…” – Tak Tahu Suami Poligami, Rupa-rupanya Berjiran Dengan Madu Sendiri!