in

Menteri Wilayah Dedah Lesen Spa Disalahguna Untuk Aktiviti Songsang

syaz ft 2025 12 01T131540.720

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa pengusaha dikesan menyalahgunakan lesen spa dengan menawarkan aktiviti songsang, sekali gus melanggar kandungan permohonan lesen asal mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Menurutnya, penemuan itu adalah hasil pemantauan rutin serta aduan yang diterima oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Artikel berkaitan: Spa Songsang: 171 Lelaki Dibebaskan, Menteri Agama Jelaskan Sebab Sukar Kenakan Pertuduhan

Artikel berkaitan: Mahkamah Tolak Permohonan Reman 171 Lelaki Yang Ditahan di Spa Chow Kit

“Betul. Maksudnya masalah-masalah sosial seperti ini, kita perlu ada perancangan yang teliti. Jadi bagi pihak DBKL khususnya berkenaan dengan lesen, memang kita ada memberikan lesen tertentu.

Biasanya apabila ada permohonan lesen, apa yang kita berikan adalah lesen mengikut apa yang mereka tuliskan dalam paper (dokumen permohonan lesen)… Cadangan-cadangan contohnya dia kata lesen untuk pembukaan spa kita benarkan.

Tapi apa yang berlaku masalahnya adalah kadang-kadang kita beri lesen, tapi aktiviti yang dilakukan selepas daripada itu adalah di luar kawalan kita.

Itu yang kadang-kadang kita jumpa aktiviti-aktiviti yang selain daripada apa yang telah mereka mohon dalam (permohonan) lesen tersebut,” jelasnya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai peranan agensi-agensi di bawah JPM di Wilayah Persekutuan, termasuk DBKL, dalam memantau dan memastikan premis spa tidak disalahgunakan.

Soalan itu timbul susulan serbuan di sebuah premis di Chow Kit yang membawa kepada penahanan 208 individu, dipercayai terlibat dalam kegiatan spa berunsur seksual songsang.

Mengulas mengenai tindakan penguatkuasaan, Dr Zaliha berkata DBKL biasanya bertindak berdasarkan aduan dan pemeriksaan berkala.

Beliau berkata melalui pendekatan itu, pelbagai kesalahan berjaya dikenal pasti, termasuk premis yang menjalankan perniagaan ‘di luar normal’ seperti spa yang menawarkan aktiviti songsang.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.