in

Menteri Luar Negeri Sahkan Jawatan Ahmad Idham & Eizlan Yusof Digugurkan Dari Kementeriannya

collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru lebih kurang tiga bulan memegang jawatan sebagai Perunding Kreatif dan Setiausaha Kebudayaan untuk Kementerian Luar Negeri, kontrak Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ahmad Idham telah ditamatkan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang mengatakan jawatan dua anak seni ini telah pun digugurkan serta merta dan difahamkan ianya berlaku dalam tempoh 24 jam yang lepas, lapor Sinar Daily.


https://www.instagram.com/p/CZyeLRIPHam/

Selain itu, Saifuddin turut memberitahu kontrak setiausaha sulitnya Datuk Fizal Fauzi turut ditamatkan namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai sebab tindakan ini dibuat.

Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini.”

“Saya tak tahu langsung”

Manakala menerusi Harian Metro, Ahmad Idham memberitahu bahawa dia sendiri tak tahu kenapa dia diberhentikan dan masih tertanya-tanya akan punca sebenar.

Ya, saya sudah mendapat surat diberhentikan. Saya tahu ramai tertanya-tanya kenapa saya ditamatkan kontrak, hanya sempat berkhidmat selama empat bulan dengan Wisma Putra.

“Jujurnya, saya sendiri masih tercari-cari punca dan alasan diberhentikan. Saya tak tahu kerana langsung tidak diberikan penjelasan.”

Bagaimanapun, ada desas desus memberitahu bahawa dua selebriti ini dikatakan ingin bertanding untuk Pilihan Raya Umum ke-15 nanti di bawah tiket Bersatu.

https://www.instagram.com/p/CZHEQ3vvgLH/

Dikatakan, keputusan mereka untuk bertanding ini tidak dipersetujui oleh ahli parti atas sebab kurang pengalaman dalam bidang politik dan lebih ramai calon lain yang lebih layak.

Untuk pengetahuan korang, Ahmad Idham dan Eizlan Yusof bakal mengadakan sidang media petang nanti bagi menjelaskan perkara sebenar supaya tak berlaku tohmahan lain melibatkan parti politik.

 

Baca: “Lupa diri lepas jadi CEO” – Penggiat Industri Tengah ‘Fight’ Nak Kerja Masa PKP, Tapi Dipanggil ‘Anjing’ Oleh Ahmad Idham?

collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.