Baru-baru ini, agak kecoh di media sosial apabila bekas penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman telah ditangkap kerana menaman 17 pokok ganja di rumahnya.
Ketika dihadapkan ke mahkamah, penyanyi ini ada menyebut nama Syed Saddiq meminta agar bekas menteri itu menyegerakan kelulusan kanabis bagi tujuan perubatan di Parlimen.
Menerusi Twitter, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan yang beliau telah menyedari sejak akhir-akhir ini banyak perbincangan dibuat mengenai ganja digunakan sebagai ubat oleh netizen di media sosial.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengamalkan polisi berdasarkan bukti secara konsisten. Oleh itu, kementerian ini mengalu-alukan mana-mana kajian klinikal tentang penggunaan kanabis sebagai perubatan.
Kami menjemput kajian klinikal penggunaan CBD (kanabis) bagi tujuan perubatan. Ia boleh dikendalikan oleh Institut Kajian Klinikal (ICR) dan Clinical Research MY.
Namun begitu, Khairy mengatakan setakat ini masih tiada lagi penyerahan penyelidikan penuh mengenai perkara ini oleh mana-mana pihak.
Setakat ini tiada penyerahan penuh bagi kajian klinikal diberikan. Hanya luahan tentang minat, cakap-cakap dan advokasi media sosial. KKM menjemput industri atau ahli akademik untuk memulakan kajian penggunaan CBD untuk tujuan perubatan. Kami bersedia untuk bekerjasama.”
So far, there have been no full submissions for a clinical study/trial. Much expressions of interest, talk and social media advocacy. @KKMPutrajaya welcomes industry or academia initiated research for the medicinal use of CBD. We are ready to collaborate.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) April 6, 2022
Manakala sebelum ini, Syed Saddiq menerusi video yang dikongsikan turut menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan.
@syedsaddiq Saya doakan Yasin dapat pembelaan yang terbaik di mahkamah.Pendirian saya tidak berubah.We should legalise Medical cannabis NOW!Follow the science & data.Ini ucapan saya di Parlimen. #fyp
Keputusan dan gesaan ini dibuat kerana kita ikut fakta, data dan sains. Bukan buat sebab “trend” atau cakap-cakap orang. Ia boleh dijadikan sumber rawatan alternatif untuk banyak pesakit.
Lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan. Nilai pasaran industri ini cecah RM60 bilion.”
Korang rasa macam mana, ok ke kalau negara kita luluskan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan?
Baca: “Kirim salam pada YB Syed Saddiq” – Tanam Ganja Di Rumah, Yasin Sulaiman Didakwa Mahkamah