in

Menteri Arah Siasat Dakwaan 13 Juta Data Pengguna Dari 3 Agensi Besar Malaysia Bocor

kebocoran data peribadi maybank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meminta pihak Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data maklumat penting membabitkan 13 juta rakyat Malaysia yang melibatkan 3 agensi besar negara.

Perkara tersebut disampaikan oleh menteri berkenaan dalam satu hantaran di Facebooknya baru-baru ini yang menurutnya adalah kebocoran data yang serius dan terlalu banyak.


Terdahulu, beliau ada berkongsi satu hantaran di akaun twitternya yang mendakwa hampir 13 juta data peribadi pengguna daripada Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga Astro telah bocor.

FlMUHDwacAMAfXr

“Saya akan minta CSM, JPDP siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,”

Berdasarkan hantaran yang dibuat pada 25 Disember berkenaan, sebuah laman web didapati telah menyenaraikan sejumlah 3.5 juta maklumat pengguna Astro, 1.8 juta pengguna Maybank dan juga 7.2 data daripada SPR.

Menurut dakwaan tersebut, maklumat yang dibocorkan melibatkan nama pengguna, nama penuh, tarikh lahir, alamat serta nombor kad pengenalan.

cats 35

Pun begitu, menurut salah seorang pengguna yang telah menyemak maklumat yang bocor berkenaan secara rawak mendapati kesemua 5 nombor akaun yang disemaknya adalah palsu.

Harap dakwaan ini dapat disiasat dengan segera, banyak tu. 

Baca : Database MySPR Didakwa Bocor, Gambar Selfie & MyKad 800,000 Rakyat Malaysia Dijual Hacker!

kebocoran maklumat myspr

Sumber: Fahmi Fadzil
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.