Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai foto sebuah rumah pangsapuri di Ampang terpaksa dirobohkan ketika ingin membuat ubah suai rumah mereka kerana menurut mStar Online, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjelaskan bahawa ia adalah binaan haram yang bercanggah dengan Akta 133 dan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja.
Tak lama selepas itu, mucul lagi satu foto yang menunjukkan satu kawasan perumahan di kawasan Wangsa Maju memasang pagar di hadapan rumah.
“Mentaliti yang mementingkan diri sendiri”
Ia menjadi perhatian netizen di Twitter kerana rumah tersebut dilihat seperti kawasan perumahan jenis pangsapuri dan pagar itu dipasang di kawasan laluan penghuni lain.
Memandangkan foto itu viral sehingga raih lebih daripada 2,600 jumlah retweets dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang tak kisah dengan tindakan penghuni itu dan ada juga yang kecam dan anggap penghuni itu selfish.
Apakah punca masalah terbesar dalam kalangan komuniti?
Mentaliti yang mementingkan diri.
lokasi: Wangsa Maju. pic.twitter.com/h4SRd5MxgV
— Twt_Bajet 🇵🇸 (@twt_bajet) May 30, 2022
Menurut netizen, ia jadi masalah kerana jika berlaku sebarang kebakaran atau hal-hal kecemasan lain, ia pasti akan menyukarkan penghuni lain.
Malah ada individu yang mendakwa dirinya sebagai penghantar makanan pernah alami situasi begitu ketika ingin membuat penghantaran. Dia terpaksa pusing semula turun bawah dan naik daripada tangga belah lain semata-mata nak melepasi kawasan itu.
Dalam pada itu, ada juga mengatakan bahawa perkara ini tidak menjadi masalah seandainya mendapat persetujuan daripada kejiranan dan pihak-pihak tertentu.
Malah, ada juga mengatakan bahawa mungkin tuan rumah ada sebab tersendiri, misalnya masalah orang bising, buang sampah depan rumah, najis kucing dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, majoriti kurang setuju dengan tindakan sebegini, ini kerana ada juga netizen yang tinggal di kawasan rumah sebegini pernah alami kesukaran ketika membuat pengurusan jenazah.
Baca : “Kan dah mendapat” – Viral ‘Renovate’ Rumah Flat Macam Rumah Teres, MPAJ Datang Robohkan?