Era kini, ramai yang memilih untuk tidak membawa wang atau cashless ketika keluar untuk membeli-belah.
Kita bukan sahaja boleh menggunakan kad debit ketika berbelanja di luar, malah dengan hanya menggunakan pembayaran QR menerusi telefon pintar juga sudah memadai.
Artikel berkaitan: Kedai Di Melaka Caj 10 Sen Bagi Pelanggan Guna Pembayaran QR Sudah Diserbu KPDN
Artikel berkaitan: “Order dulu” – Wanita Bengang Kedai Suruh Pesan Makanan Guna QR Code Tapi Kedekut ‘Password’ WiFi
Pun begitu, ada pihak yang tidak bertanggungajawab bertindak menyunting (edit) resit pembayaran QR meskipun belum melakukan pembayaran yang sepatutnya.
Semakin banyak kes scam qr pay sekarang dan muka sama je. So tlg hati2 siapa kerja cashier.
Kredit video owner pic.twitter.com/3PMLqryvkp
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 11, 2024
Video tindakan individu tersebut melakukan penipuan itu tular di aplikasi X, dapat dilihat pelaku itu berjauhan sebentar dari kaunter untuk menyunting resit QR sebelum menunjukkan resit ‘baru’ kepada peniaga itu.
“Benda nak mudahkan, kau menipu”
Video tersebut mengundang kemarahan netizen lebih-lebih lagi peniaga, malah ada juga yang mengesyorkan agar peniaga menggunakan sistem QR yang mengeluarkan bunyi sejurus mendapat pembayaran.
Kenapalah ada orang tak jujur macam ni? Haih!
Sumber: X