in

Mengapa TVET & STEM Adalah ‘Jantung’ Industri Masa Depan Negara

ft nimp miti

Dulu, bila sebut pasal sambung belajar, mesti ramai geng makcik bawang akan tanya: “Masuk TVET ke? Kenapa tak ambil degree?” atau “Alaa, STEM? Nanti jadi cikgu sains je lah, kan?”

Jujur cakap, itu mentaliti lama dan lapuk. Untuk pengetahuan korang, TVET (Teknikal & Vokasional) dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik) BUKAN LAGI PILIHAN KEDUA. Ia adalah ‘Smart Choice’ untuk selamatkan masa depan korang.

Untuk korang yang mungkin belum tahu, STEM adalah singkatan kepada Sains (Science), Teknologi (Technology), Kejuruteraan (Engineering), dan Matematik (Mathematics) yang mana fokus pendidikannya melibatkan pengajian akademik berlandaskan teori, penyelidikan, dan pemikiran kritikal. Bidang ni akan melahirkan Inovator, Penyelidik, dan Pereka Cipta yang bertanggungjawab menghasilkan pengetahuan baharu dan mereka bentuk teknologi serta sistem kompleks.

LM Gambar Hiasan 1

Manakala, TVET pula adalah singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training). Fokus Pendidikannya pula melibatkan latihan kemahiran praktikal yang sangat spesifik dan berorientasikan industri. Ia melahirkan Pakar Kemahiran Bertauliah yang memiliki kebolehan hands-on yang tinggi.

Kenapa dua bidang ni bukan lagi pilihan kedua? Sebab Malaysia melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) baru-baru ini melancarkan satu pelan ‘kayangan’ yang dinamakan NIMP 2030 (New Industrial Master Plan 2030) dan pelan ini akan ubah cara Malaysia ‘buat duit’!

482987963 1057039739781779 2047210068652592460 n

NIMP: Bukan Lagi Himpun Barang, Tapi Cipta Teknologi!

NIMP ini macam game plan negara kita untuk jadi powerhouse teknologi di Asia.

Kalau dahulu, kilang di Malaysia banyak buat kerja assemble (himpunkan komponen). Sekarang, dalam kerangka NIMP nak kita buat kerja yang lebih complicated dan mahal, contohnya:

  • Industri Tumpuan ‘Gaji Besar’: Bahan Kimia, E&E (Cip Komputer/Semikonduktor), Aeroangkasa (Pembuatan komponen jet), Peranti Perubatan dan Farmaseutikal.
  • Kerjaya Masa Depan :
    • EVs (Kenderaan Elektrik): Siapa nak jadi pakar bateri dan mekanik EV?
    • CCUS (Carbon Capture): Kerja ‘hijau’ yang akan menyelamatkan bumi dan poket korang.
    • Tenaga Boleh Baharu: Pasang panel solar, urus stesen tenaga angin.

Nampak tak? Ini semua kerja-kerja high-tech yang memerlukan orang yang ada kemahiran power dan kemahiran inilah yang boleh didapatkan dalam pendidikan STEM dan TVET di Malaysia.

573542379 18386940316178633 6070202142762062056 n

Bayangkan ini: Satu kilang pintar di Pulau Pinang nak install mesin robotik paling canggih di dunia. Siapa yang dorang cari?

  1. Graduan STEM: Untuk design dan program robot itu. (Seorang Jurutera Mekatronik)
  2. Graduan TVET: Untuk pasang, baiki, dan maintain robot tu. (Seorang Juruteknik Automasi bertauliah).

Kedua-dua peranan ini adalah KRITIKAL. Tanpa Juruteknik TVET, Jurutera STEM tak boleh nak laksanakan projek. Tanpa Jurutera STEM, Juruteknik TVET tak ada benda nak pasang.

Inilah sebabnya graduan TVET dan STEM adalah ‘Arkitek & Pencipta Nilai Tinggi’ yang diperlukan oleh NIMP. Korang bukan pekerja sokongan, korang adalah JANTUNG kepada industri baru ini.

Contoh Kisah Benar: Ahmad (bukan nama sebenar), graduan Diploma Kejuruteraan Mekatronik, mula bekerja sebagai Juruteknik di kilang semikonduktor dengan gaji permulaan RM3,000. Dalam masa 4 tahun, dia dapat Sijil Kompetensi Tambahan dan kini menjawat jawatan Supervisor Automasi dengan gaji mencecah RM5,500. Inilah realiti NIMP yang ramai tak sedar.

TVET & STEM Adalah Jaminan Gaji Lumayan

Korang risau gaji tak best? NIMP yang diketengahkan oleh MITI ni dah letak sasaran yang bakal membuatkan ramai memilih untuk menyambung pengajian ke dua bidang ni. Sasaran kenaikan gaji median sektor perkilangan Malaysia di bawah NIMP adalah sehingga RM4,510 menjelang 2030.

E BANNER NIMP 2030 2000px X 838px PM 2

Ini bermakna, syarikat dalam sektor high-value macam Aeroangkasa dan Peranti Perubatan wajib bayar lebih tinggi sebab produk yang korang hasilkan itu sangat bernilai.

Kesimpulannya kalau korang nak kerjaya yang tak mudah digantikan oleh AI, ada permintaan global (boleh kerja overseas), dan yang paling penting, ada gaji yang ‘masyuk’, TVET dan STEM adalah pilihan terbaik, lebih-lebih lagi dalam era inovasi NIMP.

Jom Explore Potensi Anda Dalam Era NIMP!

Jangan lepaskan peluang ini. Masa depan industri Malaysia bergantung pada keputusan yang korang buat hari ini. Ketahui lebih lanjut tentang NIMP di sini.

Sumber: NIMP
Sumber: NIMP
Sumber: NIMP