Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah sebelum mereka tiada. Bila dah tiada nanti, mesti korang akan rasa sunyi sebab dah tak ada tempat nak mengadu.
Menerusi satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, ramai yang sebak melihat seorang lelaki kelainan upaya mengadu pada gambar bapanya bahawa jam tangan miliknya sudah rosak.
Lelaki istimewa itu dilihat mengusap-usap gambar bapanya sebelum berkata,
Bapak, bapak, ini jam. Jam rosak,” katanya sambil menunjukkan jam tangan berwarna merah yang sudah patah talinya.
@ijanbr Sayangi kedua ibu bapamu dan jgn sakiti hatinya, kerana dia tidak di ciptakan kedua kalinya.. #ibu #ayah #fyp #foryou #foryoupage
Lelaki yang dikenali sebagai Dak Fizi ini juga dilihat mencium gambar itu dan berkata dia sangat sayang pada bapanya.
Netizen di bahagian komen masing-masing meluahkan rasa tersentuh mereka dengan video tersebut dan meminta pemilik video untuk membaiki jam tangan milik insan istimewa ini agar dia tidak sedih lagi.
“Alhamdulillah selesai tanggungjawab saya”
Menerusi satu lagi video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok tersebut, lelaki istimewa itu dilihat sudah mendapat jam tangan baru berwarna merah.
Menurut pemilik TikTok itu, tanggungjawabnya dalam membantu insan istimewa itu juga sudah selesai dan ramai di kalangan netizen juga ada menghubunginya untuk menghulurkan bantuan.
@ijanbr Ramai giler yg berhati mulia dm sy nak hulurkan bantuan dan kongsi rezeki dgn sahabat kita ni.. tapi sy xtau mcm mana carinya 🙏🏻🙏🏻 #ibu #ayah #rakyatmalaysia #memangterbaik #fyp #foryou #foryoupage
Semoga Dak Fizi baik-baik sahaja di sana. Sebak sangat min tengok video ni.